Bismillah
Alhamdulillah dah lama syafiqq tak post entri kat sini..rasanya macam baru bulan lepas..haha...maaflah tak dapat nak kongsi banyak cerita sebab banyak masa dihabiskan untuk buat benda lain...ye lah minggu lepas baru sahaja selesai menduduki peperiksaan final...ouh sepanjang 2 minggu tersebut jadual peperiksaan sangatlah padat...kebiasaannya mengambil masa sebulan baru habis paper keseluruhan...nak buat macam mana sistem baru yang akan datang harus diutamakan...memang agak fit jugaklah jadual exam...
for a Mother |
okay berkenaan tajuk di atas...syafiqq nak kongsi sesuatu...
Seorang bayi yang baru hendak dilahirkan berasa gusar dan banyak bertanya kepada Tuhannya...
"Selama ini ada malaikat yang menjagaku. Dan para malaikat ini memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia. Tetapi, bagaimana aku akan hidup di dunia ini dengan tubuhku yang kecil dan lemah ini?"
Lalu tuhannya menjawab "Jangan takut . Sesungguhnya aku telah memilih seorang malaikat menjaga dan mengasihimu di dunia nanti ."
Akibat masih takut,bayi itu bertanya lagi "Dunia itu sudah tentu berbeza. Jika di dalam syurga ini aku hanya perlu ketawa,menyanyi dan bermain membuatku terasa bahagia.Bagaimana di dunia itu nanti?"
Lalu Tuhannya menjawab,"Jangan takut,malaikat yang Kupilih itu akan menyanyikan lagu untukmu,menghadiahkan dengan senyuman dan kasihnya membuat engkau berasa hangat dan dicintai."
Bayi itu masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi,"Aku tidak akan faham bahasa mereka dan mereka juga tidak akan memahami apa yang aku bicarakan. Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?"
Lalu Tuhannya menjawab "Malaikat yang kupilih itu akan berbicara padamu dengan bahasa yang paling indah,paling lembut dan dipenuhi dengan kesabaran dan perhatian. Dengan ketulusan dia akan mengajarmu utnuk berbicara."
Bayi itu bertanya lagi,"Dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara dengan-Mu kelak?"
Tuhannya menjawab,"Malaikatmu itu akan mengajarmu bagaimana caranya nanti!"
Bayi itu bertanya lagi,"Aku dengar di dunia itu sungguh ramai penjahat,siapa yang akan melindungiku nanti?"
Lalu Tuhannya menjawab,"Malaikatmu itu akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya!"
Dengan sedih bayi itu bersuara,"Aku berasa sedih keranaa tidak dapat bersama dengan-Mu lagi."
Lalu Tuhannya menjawab,"Usah gusar. Malaikatmu itu akan menceritakan tentang-Ku padamu dan akan mengajar engkau baimana engkau akan kembali kepada-Ku bila tiba masanya nanti.Sesungguhnya Aku sentiasa berada di sisimu!"
Dan sebelum diturunkan ke dunia,bayi itu bertanyakan soalan terakhir,"Jika sudah terpaksa aku pergi ke dunia itu,bolehkah aku tahu siapakah nama malaikat yang Engkau maksudkan itu?"
Lalu Tuhannya menjawab,"Ibu! Ibu yang melahirkan engkau !"
Subhanallah.
Sungguh tinggi darjat seorang ibu di dunia ini, sehinggakan digelar MALAIKAT oleh Tuhan pencipta sekalian alam.Rakan-rakan, di dalam al-Quran dan hadis juga dinyatakan betapa tingginya darjat seorang ibu sehingga dinyatakan bahawa "syurga dibawah telapak kaki Ibu!"
Rasulullah pernah bersabda:"Seorang ibu lebih penyayang dari seorang ayah dan orang yang penyayang itu tidak sia-sia."
Sempena Hari Ibu yang akan datang nih syafiqq nak ajak rakan-rakan semua sama-samalah kita merenung apa yang kita telah buat selama ini yang menyebabkan "malaikat" yang digelarkan itu menangis,kecewa,tersentuh hatinya dan sakit hati terhadap diri kita ini. Sama-samalah kita membetulkan diri kita ini dan tunaikan juga janji kita dengan Tuhan sewaktu masih di syurga dahulu iaitu hidup bersama "malaikat" yang telah menjaga kita diwaktu susah ataupun senang.
Owh yer dialog-dialog di atas tu Syafiqq olah sendiri daripada majalah Mastika Mei 2011.
yer ini Ibu saya |
Coretan akan datang maybe Keistimewaan Ibu...InsyaAllah...
P/s:: Selamat Hari Ibu saya ucapkan kepada "Rosnani Binti Kiman" yang merupakan malaikat saya.....
No comments:
Post a Comment