Thursday, June 30, 2011

:: Silat Sendeng di Melaka

Bismillah

Pada hari Jumaat dan Sabtu yang lepas syafiqq bersama-sama rakan dalam Persatuan Seni Silat Sendeng pergi ke Melaka ...kali nih aktivitinya adalah untuk membuat persembahan di samping mengeratkan silaturrahim antara Persatuan Silat Sendeng di Malaysia...upacara persembahan nih berlangsung pada jumaat malam sabtu dimana kami jemputan dari UiTM Segamat dikehendaki membuat persembahan bersama-sama Ahli Silat dari Melaka dan Negeri Sembilan....
:: sebelum ke gelanggang sana ::
Tidak lama pun program ni berlangsung...just untuk satu malam..namun setiap detik dan saat yang berlaku sangat-sangat memberi kesan kat dalam diri nih...

 Pertama sekali syafiqq sedar bahawa ilmu mempertahankan diri nih memerlukan kesabaran yang amat sangat..sebab waktu nih syafiqq berjumpa dengan orang yang sudah belajar 3-4 bulan namun baru mendalami Pelebat Sendeng...syafiqq just ambil masa 2 minggu sahaja untuk memahirkannya...=D



Selain tuh syafiqq dapat melihat persembahan dari adik-adik yang rata-rata berumur baru 12 tahun dan ke bawah....kemudian ada diantara mereka yang akan mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Sarawak kelak...tak tahu bila tarikh tetap untuk pertandingan tuh...


:: mereka adalah pahlawan ::


Selesai sahaja persembahan tuh macam biasalah tak sah kalau tidak mencuri ilmu dari guru silat kat situ...Encik Nizar kalau tak silap nama dia...serius syafiqq cakap dia bukanlah seorang yang kedekut ilmu kerana semua rahsia dalam pergerakan tidak kira menyerang ataupun menepis dia tunjukkan...kemudian dia juga ada beritahu kebanyakan silat yang ada di Malaysia dia dah cuba tapi tak tahan lama kerana hanya guru silat tersebut tak dapat jawab soalan dari dia...kat sini yang Syafiqq perasan dari diri dia adalah "Silat bukanlah hanya ilmu tetapi juga suatu amalan yang penting"...dalam diri dia sudah ditanam dengan seni mempertahankan diri sejak kecil lagi...tapi dia amat merendah diri dengan berkata "Saya masih baru dalam Sendeng nih" sedangkan pengalaman dia amatlah luas jika dibandingkan dengan kami yang datang ke tempat dia tuh...syafiqq memang mahukan guru seperti itu sebab dia bukan sahaja mengajar dari segi fizikal tetapi rohani juga...susah nak cari guru seperti itu ketika nih..
:: boleh buat team untuk gamelan nih ::


tamat sudah aktiviti malam tuh kami pulang semula ke tempat penginapan di Damar Suria Resort,Pengkalan Balak..not bad lah tempat dia...dengan makanan lagi yang sedap-sedap..haha..waktu pagi sabtu pula kami sekumpulan bersenam pagi kemudian  sehingga tengah hari kami disajikan dengan aktiviti yang berbentuk motivasi oleh Encik Ariffin yang dibawa khas oleh penasihat kami...




:: penasihat dan Encik Ariffin ::


berkenaan Encik Ariffin pula dia ni juga salah sorang yang sangat hebat juga bagi syafiqq..sebab pengalaman dia dalam martial art juga jauh...selain taekwando,gayung dan sekarang nih dia aktif dalam Lian Padukan...tak tau macam mana silat nih tapi katanya hanya ada kat Selangor saje..first impression dia nih macam tegas tapi bila dah bersama leih kurang 5 jam dalam satu sesi rupanya pelawak dan banyak cakap..





:: 5 minit sebelum naik ke darat ::

:: si bisu dan si buta ::

:: antara aktiviti yang dikendali En.Ariffin ::

:: nama pun Jurulatih...mesti ajar bertempur ::

tepat jam 12.00 tengah hari kami dikehendaki bersiap untuk check out...salah satu perkara yang menjadi ketidakpuasan hati ialah tak dapat nak mandi pantai lama-lama sebab masa yang suntuk....huuuuu~

OK lah jika ade masa nanti syafiqq akan cerritakan serba sedikit pasal Silat Sendeng yang merupakan silat warisan Negeri Johor...

:: Ingin begini lagi di masa akan datang ::


petihati:: Capai Sebelum Sampai,Bunuh Sebelum Hidup!!

10 comments:

hAzirAh siCoffee Latte @ kakyaa :) said...

w0ooo0ooo!~
bestnya.... orang tue ada ilmu mempertahankan diri la...
sure selamat bile ade bonzer2 jalan nak ganggu... n____n
keep it up, br0!~
like it...

berminat plak nak tahu pasal silat nie... c0z arwah at0k zira dulu guru silat.. ^^v

Insan Bodoh said...

haha...
berminat pulak bila dengar nama silat nih pertama kali..
masa sekolah dulu tak kesempatan...

insyaAllah ilmu yg ade nih dpt diguna dengan baik...

owh really?
arwah atok zira dulu guru silat ape?

thanks for supportive...n__n

hAzirAh siCoffee Latte @ kakyaa :) said...

insyaAllah... sem0ga dapat dimanfaatkan...

yes!~ guru silat... tapi tak tau la silat jenis apa... cuma cucu2 dia je tak de yang pandai silat... huhuhu... cm hampeh kot... --__--

welcome bro!~ n__n

Insan Bodoh said...

owh...ilmu itu bukan nya dapat diwarisi..cuma dapat dikembangkan sahaja..

tak berminat nak belajar silat?
dekat USIM takkanlah takde persatuan silat...

hAzirAh siCoffee Latte @ kakyaa :) said...

baiklah!~ ilmu tak bukan dapat diwarisi.. hihihi...

dekat USIM ada je...
tahun satu dulu memang wajib amek ko-ko... ingat nak amik jgk... tapi, macam segan... hahahaha... tak memasal...
>___<
kalau sekarang, memang tak la... huhuhu...

Insan Bodoh said...

yer syafiqq paham kenapa kak yaa segan...huhu..

kalau sekarang pon syafiqq tau kenapa....haha

takper kalau ada syafiqq mesti kak yaa safety...(tak memasal)

hAzirAh siCoffee Latte @ kakyaa :) said...

ye... memang segan... apa ntah yg syafiqq tau... erkk... --___--

kalau syafiqq ada, kak yaa selamat..??? ermmm... ntah2 lagi tak selamat... hahahaha... ^0^

Insan Bodoh said...

entah lah ek..ape yang syafiqq tau ntah..haha

OK..kak yaa semakin tak selamat...haha

hAzirAh siCoffee Latte @ kakyaa :) said...

oke!~
seram nieh...
[plagiarism dr ayat jai KL gangster]

bye~ hahaha...

Insan Bodoh said...

meymey laa~~~

haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...