Thursday, August 25, 2011

:: Ucapan Overdose

bismillah

alhamdulillah hampir sebulan sudah kita berpuasa di bulan Ramadhan...bagaimanakah amalan kita?
yang syafiqq harap adalah semoga amalan kita semua diredhai-Nya ..insyaAllah

tahun ni seperti tahun-tahun yang lepas iaitu selepas Ramadhan,seluruh umat Islam akan menyambut bulan Syawal pula..macam biasa bila tiba Syawal benda pertama yang ada dalam fikiran ialah menyambut raya...haha

hari Jumaat(26/8/2011) tarikh yang rasanya macam best untuk syafiqq yang berada jauh dari keluarga(err...jauh sangat ke?)..walaupon cuma segamat tapi disebabkan perkara HOMESICK telah menyebabkan rasa yang teramat seronok bukan kepalang menyirap dalam sanubari nih...tarikh untuk pertama kalinya dalam bulan Ramadhan syafiqq pulang ke rumah sama-sama dengan cuti raya sekali...[dah nak raya baru balik...=___=]
cuti raya tak lama cuma seminggu jek...tapi tugasan yang akan dipikul rasa macam cuti sebulan...hoho..

tapi tak kisah lah tuh semua...raya tahun nih rasanya tak berjalan sangat kot...so ada lah peluang nak duduk rumah dan struggle habis-habisan...(macam dapat!) jadinya, benda-benda yang rasanya penting masa beraya di rumah ialah kerepek@makanan ringan...bukan ape nih untuk selit-selit gigi nanti masa dok dalam bilik...selain itu sistem speaker yang kuat dan pintu kedap bunyi...haha...nak elakkan gangguan sementara supaya tenang dalam bilik(berangan lebih!)....then yang terakhir adalah MOOD nak study tuh kene kuat...aiyoyo...benda nih lah yang melenyapkan semua nye..haha..pantang dengar seruan konco-konco untuk menghirup udara luar..pasti tak dilepaskan peluang...

kesimpulannya jangan lah ajak berjalan(tolonglah ajak!)....kalau takde yang panggil memang kat rumah je lah...so kepada rakan-rakan yang kenal diri nih boleh la hilangkan mood syafiqq tuh...ajaklah berjalan..haha

sebenarnya taip-taip nih just nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf  Zahir  kepada semua ahli keluarga,saudara mara,sahabat handai,orang yang dikenali dan tak lupa kepada pembaca juga(kalau ada yang singgah lah kan)....sesiapa yang mengenali syafiqq ini harap memaafkan segala kesilapan yang pernah dibuat...ye lah manusia nih benda yang buruk-buruk pada diri dia tak nampak dan kalau boleh tak nak sampai terbocor...tapi itulah gunanya manusia lain sebab mampu menilai mana yang baik dan yang buruk...so kesilapan syafiqq orang lain yang lihat..just maafkan jek lah...taknak ada perkara kecik direndam sampai satu masa mata terbeliak ketika nyawa ditarik...syafiqq tak nak macam gitu...

kesimpulannya jagalah diri bebaik di Hari Raya nanti...pastikan tidak overdose air bikarbonat,coklat,gula-gula,sate,duit raya,minyak petrol dan lain-lain  (belum sempat detect habis)....selain tuh buang lah sifat dengki dalam diri..sebab nanti susah nak rapat antara manusia sesama manusia...macam mana nak eratkan silaturrahim? macam mana korek rahsia?macam mana nak kenal-kenal?..hehe...

jangan lupa untuk datang ziarah rumah ayah syafiqq di Taman Ria Parit Besar Batu Pahat....kedatangan anda dialukan....hope dapat jumpa korang di Bulan Syawal nanti...insyaAllah..

: Model Gigi Untuk Raya :




PetiHati :: Balik rumah dengan baju kotor yang banyak gara-gara takde air seminggu....Ape Pon Tak Kan Boleh...

4 comments:

AS said...

selamat hari raya jugak bob ^__*

percayalah kau akan merayap jugak raya nie. HAHA.

btw, ampun maaf if ade salah silap ye(:

Insan Bodoh said...

hehe..thanks suehana ..

aku pon gitu gak tau..

p/s: jgn doakan aku merayap...haissh

Terbang Ke Langit said...

SELAMAT HARI RAYA bobob !!!
maafkan aku kalau ada wat salah dan silap kat kau (walaupun aku rasa kau lagi byk salah kat aku) ...

Insan Bodoh said...

Selamat Hari Raya DODI..

(jangan nak terlalu yakin aku banyak buat silap kat kau..haha)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...