------------------------ ------------- Bergerak Bersama Angin
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 21, 2016

:: Meringankah Kita?

Hai,
Nukilan saya buat yang ingin menyelongkar.

Setelah beribu saat yang kita lalui bersama,
Yang kita damba bersama,
Yang kita kongsikan segala,
Yang kita merungkai sehingga maksima,
Kenapa hanya sedetik kau meringankan punca durjana?

Setelah berbagai detik waktu yang terbazir bersama,
Yang kita impikan di masa hadapan,
Yang kita jalinkan sebuah kemesraan,
Yang kita luputkan segala kemurungan,
Kenapa hanya sejengkal masa yang kau perlukan untuk meringankan kesedihan?

Setelah berbaur tohmahan dilimpahkan,
Yang kita didik minda bersama,
Yang kita lembutkan hati yang luka,
Yang kita amalkan sekian lama,
Kenapa hanya sepusingan cuaca kau tiupkan taufan?

Aku tecari yang memahami,
Aku memerhati sebuah pertelingkahan,
Aku menjauhi segala kecurangan,
Aku sematkan renjisan nasihat tanpa henti.

-derkks-





Aku kadang mengalah dalam pencarian kerana yakin dalam kesibukan
dalam mencari erti sebuah kehidupan perlukan pengorbanan,
sebuah kehidupan tanpa maksiat,
sebuah kehidupan dengan amalan,
sebuah kehidupan penuh syukur,
Pengorbanan yang aku terima mengosongkan jiwa kadang-kadang,
Sampaikan tak tercapai segala yang aku ingin korbankan.

Mungkin ini balasan dan aku hanya teruskan kehidupan
supaya manusia sekeliling aku merasa untung
kehadiran aku walaupun sementara cukup buat
sejeling senyuman yang dicipta.

Maafkan aku jika pernah menyakiti dan menyusahkan.

Susah untuk hidup dalam menyebelahi semua pihak sahaja.




PetiHati : Aku percaya pada jarak hanyalah ukuran fizikal, sedangkan memori hati ini takkan pernah melupakan segala umur aku yang lalui.


Share/Bookmark

Sunday, March 29, 2015

Keadaaan Yang Durjana

Pernah dulu senyuman kamu membingitkan perasaanku,
Pernah dulu pandangan kamu meluluhkan hari hari ku,

Kita pernah merasa takut ditinggalkan,
Kita pernah merasa saling mencapai angan-angan,
Kita pernah merasa sunyinya tanpa bualan,
Kita pernah merasa bencinya bila sengketaan.

Saat aku sedang gundah,
Saat aku sedang gelabah,
Saat aku sedang parah,
Aku dipaksa akur untuk terus lemah,

Bahagia yang kau pangkah,
Kehidupan yang kau ambil,
Jiwa yang bersama melangkah,
Sedang aku dibiar terkebil.

Tahniah buat awan-awan yang ceria,
Tahniah buat bunga-bunga yang mekar,
Tahniah buat hujan-hujan yang wangi,
Tahniah aku ucapkan.

Laungkan aku dalam mimpi mu, Biar ia kuat pada awalnya dan hilang di penghujung dunia bersempadan.

Aku tak sempat teruskan harapan. Biarlah aku dilabel sebagai tidak berpedoman.

No Second Chance. 
PetiHati:: Aku pernah terbaca tentang pembalasan yang akan dilakukan tak sangka pembalasan tu untuk aku sebenarnya.


Share/Bookmark

Tuesday, May 13, 2014

:: Ritma Tersirat

Buah yang dikutip selalunya busuk,
Bagi yang bernasib baik dapatlah yang elok,
Pada luaran mestilah nampak buruk,
Yang nak ditatang ni mestilah tidak terok.!

Kalau dulu seharusnya tidak beriya,
Penat lelah sepatutnya diambil kira,
Tuhan yang merancang setiap masa,
Agar lamunan mati dihunus senjata.

Jelmaan masih mampu bersabar, jelmaan masih mampu tenang, jelmaan masih mampu untuk berkoleberasi (err ayat macam macai jek), tapi untuk suatu tahap kepada yang tak mengerti akan dihumban rasa keji. Cabaran pada waktu awal tidaklah sepayah mana, jelmaan terima, ye jelmaan ok jek, sebab pada jelmaan dah kira untung mahu digiat bersama.

Tapi sampai satu tahap jelmaan rasa macam sedang direbus agar keluar isinya, tiada peluang untuk jelmaan sediakan tempat waktu untuk mentelaah, setiap masa jelmaan hanya fikirkan jantung masing masing, sampai satu masa jelmaan dipinggirkan.

Kisah ape jelmaan kalau dipinggirkan sekali pun, tapi yang penting bagi jelmaan biarlah jadi hantu tu berjemaah, bukan di tarah semua atas kepala jelmaan seorang.

Mungkin ini hanya sandiwara jelmaan, yang lain mesti akan kata beras dalam seguni semua sama mana ada lain-lain. Tengok cara masak lah sedap ke tak. Jelmaan tak kisah asalkan ia kebaikan untuk jelmaan jugak. Inilah cabaran menjadi jelmaan.

Harapan orang tua itu sentiasa diuatamakan.


Sedang pagi hari ibu sedunia haritu..saya baru tersedar..yang ibu saya mahu lihat anak dia berkonbokesien. Tapi atas rasa prinsip sendiri lebih utama saya tak jawab panggilan istiadat tu.




PetiHati :: Maafkan anakmu ini sebab tak dapat nak penuhi permintaan kamu. Semoga panjang umur dan sihat sentiasa dan nantikan my degreee abes eh...>.<


Share/Bookmark

Sunday, July 28, 2013

:: Surat Berantai Tiruan -MAMAN-

Solat terawih lapan rakaat. Usai imam memberi salam, sepantas kilat aku sudah menghidupkan motorsikal. Takut tidak sempat untuk ke acara malam ini. Sengaja tidak mengenakan songkok, malas nak singgah rumah. Takut sangat tidak sempat. Aku kena sampai awal. Melalui jalan jalan tikus akhirnya aku tembus berhampiran dataran. Para penganjur sedang menyiapkan tempat acara untuk malam ini.  Malam juara2 edisi ramadhan. Walaupun ia haram, penganjur tidak pernah terlepas menunjukkan kewarakkannya dalam mencipta nama acara. Malam ini aku ada misi. Bukan untuk menang. Aku ke sini bukan untuk berlumba. Kawanku, Manap. Dia yang berlumba dan dialah punca segalanya. Malam ini dia mahu aku ambilkan gambarnya ketika berlumba. Manap tidak pernah menang dan dia tidak pernah berputus asa. Baginya, tak menang takpe asal popular. Disebabkan kawan. aku telan kata2 seolah peria itu dengan ikhlas.


Manap datang sepuluh minit lambat dariku. Mukanya penuh keyakinan seperti biasa. Entah bila dia menguji kebolehan motornya pun aku tak tahu sedangkan siang tadi dia menghilang ketika dikejar ketua kampung kerana kantoi tak puasa. Manap menghampiri aku. Dia mengangguk, lantas aku pasang kamera pada motorsikalnya dibahagian meter. Konon2 dia seperti dalam Moto GP. Cuma tiada kamera diletakkan di punggungnya. Modal tak mencukupi. Lagipula siapa mahu lihat punggung Manap. Jijik.

Perlumbaan akan dimulakan sekejap lagi. Manap berada di posisinya bersama pelumba yang lain. Rata2 mewakili kampung masing2. Aku lihat segenap mata memandang motor Manap yang dilengkapi kamera. Manap pun memainkan peranannya sebagai si hidung tinggi dengan jayanya. BANG ! Bunyi macam bunyi pistol dari salah satu telefon pintar milik penganjur menandakan permulaan bermula. Masing2 dengan gaya masing2 meninggalkan asap di petak permulaan. Aku bergegas ke salah satu susur di mana mereka akan lalui. Disitu Manap akan mula merakam gambarnya.

Sampai saja disitu aku melihat seseorang menuang minyak di atas jalan raya. Si celaka itu menyanyikan lagi S.Jibeng sambil menghabiskan sisa minyak yang tertinggal. Aku capai batu berhampiran dan melemparkan padanya dan kena ! Dia memusing musing melihat sekeliling. Kali ini aku menjumpai batu bata yang tinggal separuh. Kali ini juga celaka itu mesti rebah. Hanya sekali percubaan dan sekali lagi ia tepat mengenai sasaran dan ia rebah ke tanah. Pada masa yang sama pelumba2 sudah mula memasuki susur yang berminyak itu. Aku tak sanggup melihatnya tapi..tapi aku tetlihat Manap di depan. Dia mendahului pelumba lain dan ini sangat mengujakan. Ahh, dia sudah mahu tiba. Aku memalingkan badan untuk tidak melihat. Diam.

Manap hampir sampai ke susur. Diraba raba kamera yang terpasang untuk merakam gambarnya. Jumpa dan TAP ! TAP ! dan TAP ! sinar putih mengaburi matanya seperti kilat yang menyabung. Ia turut menyilaukan pesaingnya di belakang dan memaksa mereka semua untuk menutup mata dan sama2 hilang kawalan mencium jalan. Tiada seorang pun yang terlepas. Tiada yang juara, semua tertewas.

Aku cuba beranikan diri melihat apa yang terjadi selepas mendengar bunyi yang mengerikan. Alangkah terkejutnya aku melihat manusia bersama motorsikal bertaburan di jalanraya. Aku melihat tempat minyak ditumpahkan itu masih jauh lagi. Apa sebenarnya yang berlaku. Aku tegar ke tempat kejadian. Mungkin polis dalam perjalanan. Mungkin aku sempat menyelamatkan Manap. Sesampainya aku, Manap duduk menyandar pada palang besi. Dia mengurut urut kakinya. Dari luar tiada luka2 parah aku lihat. Manap perasankan aku. Dia menikam aku dengan pandangannya. Bibirnya diketap menahan sesuatu.

Kini aku masih dalam pelaria dikejar Manap dan pelumba2 lain. Bukan salah aku tidak menukar mod mengambil gambar kepada rakaman. Aku tidak sempat nak minta maaf mereka dah membuka langkah nak belasah aku. Kalau siapa2 yang sedang membaca surat ini, tolonglah buat report. Disini aku turut sertakan gambar aku ukuran pasport. Aku mungkin masih terus berlari atau sudah menghadap Illahi. Sekali lagi, tolong aku.

Disalintampal dari :-


Share/Bookmark

Friday, July 26, 2013

:: Ubi Di Dasar Tanah

Bismillahhirrahmannirrahim


Menanti rimau dikandungan meneliti amukan di tengah malam
Secebis daun lutsinar memberi ruang cahaya menceroboh

Andaikan hal yang runsing menjadi pusing
Mengharung ape sahaja asalkan tidak roboh.

Berpendapat diam diam ubi berisi
Tidak seiring dengan landasan fikiran
Halusinasi yang bersemayam tidak didefinisi
Jadilah kau manusia yang sering meneran.

Tersembah ke bumi hasil dari taksub dan angkuh
Asalnya juga seperti diam diam ubi yang berisi
Bezanya ianya ringan dan mendongak ke langit ketujuh
Sampai suatu masa jika tidak dituai akan menyembah bersama isi.

Saya tertarik dengan suatu ucapan " Ubi itu diam2 berisi dapat juga dirasa bersama, tapi kalau padi, diam berisi lama2 akan menyembah ke bumi". Ucapan dari seorang warga pendidik. Saya cuba menghurai, dia bercerita tentang bagaimana muhasabah diri...Menjadi manusia yang tidak mahu menonjolkan diri kelak akan menyebabkan ditimpa masalah..dan dia berbicara bagaimana seseorang yang berisi itu dapat mengubah nasib jiwa di sekeliling nya..

Dia juga merumuskan pentingnya sikap saling membantu..walaupun berada di kelompok teratas..walaupun berada di level yang suci..itu tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk kita membantu manusia keliling untuk sama2 merapatkan dan meratakan pencapaian..

Sebagai manusia memang tak kan terhindar dari masalah dan kesalahan..Tapi itu bukan alasan untuk terus dijadikan alasan sebagai sempadan..Berpecah nya suatu ikatan biasa biasa boleh merumus berbagai prasangka..memang benar tidak elok untuk bersangka buruk..tapi itulah hakikatnya..manusia sering saje bersangka buruk..mudah saja minda mengolah sesuatu yang tidak positif.

Saya hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan..tapi tidak salah untuk kita berkongsi pengalaman..mungkin sempadan yang selama ini dibina boleh dikukuhkan lagi dengan konkrit tidak prasangka buruk..Jadikan ilmu itu tanpa sempadan!

Pernah dulu cakap lalang itu padi!


Sekian dari saya..Salam Malam 10 terakhir Ramadhan!

PetiHati :: Mencari penawar kepada sesuatu penyakit perlukan ketekunan dan keinginan untuk membantu. Doakan saya mencari penawar ini.


Share/Bookmark

Friday, June 21, 2013

:: Ditujal Sang Bujal

Bismillah..

Rasanya hari ni layar ni jadi tempat sekali lagi untuk menadah luahan hati seorang hamba Allah yang sangat ketandusan...tapi syukurlah hati yang ketandusan ini mudah sahaja jika ingin di basahi..hari ni pon sudah hampir nisfu Sya'ban...diharapkan persediaan kita menjadi manusia yang tidak sia2 diredhai Allah..


Biar saya terangkan mengapa ada gelaran si bujal kali neh..saya jadikan ia singkatan dari ayat si bujang terjal..bujang terjal dikenali dengan sifat nya yang tidak disenangi orang..bayangkan saje dia mampu duduk rilek tersenyum dan tiada reaksi resah dan gelabah sedangkan ada 3-4 orang sibuk mengambil pisau menikam nya(ok sebenarnya sangat dasat..di pondankan cerita neh..ada 3-4 orang yg tak berapa nak suka dengan dia tapi disimpan je si bujal neh sbb nak jaga hati kononnya)


Bujal memang agak kasar dari segi tutur kata nya..tapi itu bukan sebab dia jahat..tapi mmg dia dari kecik dibesarkan dgn suasana ibu bapanya juga agak kasar dengan dia...setakat makan kaki,maki, tu normal..tapi ada perkara yg kdg2 buat orang senang dengan dia neh.......

1. Tak senang dan tak susah...dia ni agak tak senang sikit untuk di ajak bersosial..maaf yer bukan sosial yang melampau..tapi dari segi komunikasinyer...dia suka menolak kata tapi sukar terima kata..begitu juga tak susah..dia neh tak susah untuk di buat kawan..prinsip dia mudah..jadi kawan dia jangan nak cakap benci pada dia..sebab ayat tu bagi dia macam kelopak bunga yang dicabut..bunga tetap berseri tapi yang tercabut tetap tak bersambung kembali..nampak tak..dua2 neh tunjuk dia ni tak disenangi walau ape dia buat..

2. Fikiran....buah idea dia ..kadang2 lojik tapi menyakitkan hati..kadang2 mengarut sumpah dibenci..paling tidak boleh terima dia suka bash(mengutuk,tak sefahaman)..ni juga punca sebab dia tak disenangi..

3. Perangai...perangai si bujal neh memanglah sangat sangat dasat...malam minggu dia keluar melepak..kebanyakan dia berkawan dengan orang yang sama perangai macam dia...nampak tak perangai dia memang tak disenangi...

4. Terus terang...ini memanglah sifat yang baik.. dia suka terus terang jika tak suka sesuatu sebab benda yang dia lihat itu adalah pembaziran baginya...memang terus terang waktu itu juga dia akan lemparkan kata rasukan tanpa mengira kelopak bunga yang dia cabut...


tapi Tuhan masih sayangkan si BUJAL.sungguhpun dia adalah seorang lelaki tak disenangi..tapi dia cuba juga untuk menjadi pemenang di kalangan akal akal sekeliling dia..itulah sifat dia yang Tuhan berikan pada dia..berusaha menjadi yang terdorong daripada tergelongsor...kadang2 dicemuh..tapi dia sudah biasa.setakat kata boikot diri dia..jadikan kenyataan pon dia tetap steady..biasalah buruk memang kat si bujal neh..dia masih mampu tersenyum daripada mengeluarkan kata rungutan..

dia juga cuba berkawan dengan hati hati yang penuh tarbiyah ini..tapi kadang2 dia malu sendiri..sebabnya...hati yang ditarbiyah ini lebih sukar menerima JAL daripada LIM...so apabila dia cuba rapat tapi dia dikatakan tidak selevel..cerita pasal level mmg jauh lah si BUJAL neh..tak leh pakai..

anda tentu nampak kan..anda sibuk membaca peribadi si BUJAL..secara tak sedar atau mungkin sedar anda dah describe si bujal neh bagaimana..bagi yang lelaki.."ah bujal neh kalau dkt dgn aku mmg aku bahan" manakala yang jantina wanita pula "bujal, harap harap aku tak kenal kau lah"..

indahnya kan minda manusia neh...untuk mendekati jiwa kotor memang jauh sekali..tapi untuk dekati jiwa bersih mudah sekali...sekiranya anda sedang melihat si BUJAL neh kepada BULIM..rasanya anda seorang yang bertuah..naaaahhh!! masa neh lah baru berangan nak dekat,berbaik dengan manusia macam ini...

cukup-cukup lah bersandiwara..perangai manusia itu dah melekap..dibotolkan cantik mana pon didalam nye tetap air..sedap tak sedap tu saja yang bezakan..mcm gitu juga manusia..buruk mana pon dia tetap manusia..beza pendapat ke, beza agama ke, beza TAHAP PENDIDIKAN ke..semua nya sama..

maaflah si BUJAL..cerita anda masuk dalam layar angin saya..saya tak mampu nak mendekati diri awak..tapi jika awak lihat cermin.awak akan nampak saya..sekian.

Kita Sedar Orang Benci Tapi Nak Buat Macam Mana..Kentang Dah Busuk  Kan.



PetiHati:: Kita masih tak sedar, yang dikalangan kita kadang2 menipu diri sendiri,berbuat baik tapi untuk benda yang baik.


Share/Bookmark

Wednesday, November 28, 2012

:: Hujan Panorama Mata

bismillah


Hujan..cuaca yang ada berbagai emosi...gembira,sedih,dan tak lupa juga emosi marah....kadang kadang kita tak perasan jika turun sahaja hujan...terdapat makhluk yang sangat bersyukur..terdapat juga makhluk yang mengeluh...tapi seeloknya yakinlah bahawa hujan itu pembawa rahmat untuk makhlukNya di atas muka bumi..

setiap kali hujan turun pasti bau seperti lumut basah akan datang...tak percaya gi cari lumut basah dan hidu lah..aktiviti manusia juga menjadi pelbagai ketika hujan turun..ada yang duduk berteleku di hadapan unggun api..bersemayam di teratak sendiri sambil menyelak akhbar...tak kurang juga yang menarik selimut dan sedap mengorak mimpi....tapi kita tak tahu apa nasib rakan kita yang terpaksa meletakkan besen untuk menadah bocor atap...yang terpaksa berjaga kerana tak mahu ada binatang bisa memasuki rumah...yang terpaksa menenangkan anak anak yang kesejukan kerana hujan...ye kita tak pernah terlintas untuk memikirkan itu semua ketika hujan turun...yang ada cuma turun hujan bermakna terhenti segala aktiviti..
tiada kata syukur atau pun bertafakur...

saya tak menafikan..kadang kadang hujan membuat saya ter mengeluh...tapi kenapa..ye setiap manusia di atas muka bumi tidak akan terlepas dari pada kesilapan..sungguhpun berbagai ilmu yang berada di dada..segeralah istighfar setelah kita tersedar...Rasullullah akan beristighfar setiap hari lebih 70 kali...(istighfar lepas solat)...kenapa kita tak mengikut contoh yang baik tuh..kan kan...

hujan yang merata...makhluk melangkah di bawah nya...makhluk lain yang merasa basah nya...kita fikirkan...apakah yang kita buat hari ni cukup untuk buat semua orang sekeliling puas hati..mustahil itu akan terjadi sebab manusia tidak akan pernah puas..malah hati manusia juga akan berubah ubah...tidak tetap...segeralah kita mohon kepada tuhan agar ditetapkan hati kita dengan keredhaan Nya...waktu hujan jugalah sesuai untuk kita berdoa...ia lebih afdhal..

hujan yang membentuk...sebagaimana sekeras keras batu itu berubah bentuk hanya disebabkan titisan air...gitu juga hujan yang dapat merubah permukaan bumi...tanah runtuh...banjir kilat...apakah lagi kerakusan manusia yang tercipta yang tetap akan disalahkan hujan juga akhirnya...jadilah aras yang kukuh...juga mampu menyerap segala rintik hujan..jika selebat mana pun..tenang lah ia di sana tempat diperbuat si situ...

manusia tidak akan terlepas dari dugaan..sebagaimana hujan turun tanpa kita duga ataupun agak..gitulah juga dugaan yang sentiasa mendatang tapi masih mampu kita hadapi...jadilah seperti tanah yang subur ketika hujan...bunga yang mekar ketika panas mentari...hari ni ia datang hari esok ia akan pergi..sapulah keresahan,kesedihan,kedukaan,kekecewaan, sebab hidup haruslah penuh rasa kesyukuran..




I always feel sorry for people who think more about a rainy day ahead than sunshine today.
 - Rae Foley



PetiHati:: Terkadang hujan yang tak berhenti buat aku teringat kisah lalu.Ahh Jahilnya aku dulu sama seperti sekarang.


Share/Bookmark
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...