Tuesday, June 8, 2021

:: Sakti Tidak Bertempat

 Bismillah


Andaikan kata-kata itu benarlah terlalu sakti, penjanji tidak akan memungkiri, peribadi yang baik tidak akan dapat mengaburi, keindahan mempunyai terlalu pelbagai definisi, dan perkara yang bangkit bukan hanya tahu menongkah diri sendiri. 

Jika benar tongkat itu sakti, laut yang terbelah juga memerlukan keizinan, menjadi bantuan kepada yang lemah juga perlukan pegangan rapi, dan pada hakikatnya ia benda yang tidak bernyawa dan masih memerlukan tuan.

Bagaimanapula dengan pahlawan sakti? Hidup dan mati berpegang pada Tuhan, kesakitan tetap dirasai, emosi juga perlukan penjagaan sempurna, rohani juga perlu santapan ilmu dan darjat ataupun pangkat hanya sekadar pegangan di dunia dan akan dipersoal.

Cinta sakti seperti tajuk sebuah lagu? Di awal lagi dah mempersoalkan bila nak menjadi, paksaan juga muncul pada rangkap seterusnya, bukti juga tiada pada perenggan selepasnya, akhirnya sendu sendiri sebab memang tak pernah wujud. Yang wujud adalah minda yang sering menyebarkan tanggapan.

Jadi apakah sakti yang dikatakan mempunyai kuasa? Ianya hanya metafora manusia. Seperti kesanggupan untuk berkrompomi tetapi tidak pernah memenangi. Bukankah itu suatu bentuk perkara sia-sia? Jadi telanlah apimu, kunyahlah tahimu, genggamlah sifat bodohmu, tanamlah perkara jijikmu. Tiada kompromi lebih serasi, melenyapkan diri lebih abadi.

Hidup ini hanya Tuhan dan pesuruhNya. Ini bermaksud jasad dan jiwa yang tiada mengena tidak akan pernah dikenang. Balasan baik akan diterima bagi yang diingat nama sahaja.


Luaslah mulut menghancurkan cita-cita.
Semakin luas semakin hancur.

PetiHati:: Kalau merasa berpijak pada benar, teruskan sahaja berpijak sebab yang nyata hanyalah sandiwara mata.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...