Tuesday, September 29, 2020

:: Halusinasi Pekat

Halus bagaikan pasir yang membentang,

Pekat yang tidak nampak,

Bodoh yang terlalu likat terang,

Semak tak boleh nak disepak,

Deru angin yang sering melintang,

Puas bertiup tidak ternampak,

Perlukan aturan bagai sang berang,

Tahu mengherdik jawapan tak nampak.


Pelik yang dirasa bagai tiada sengketa,

Keluhan yang dikenang mahu terlihat derita,

Siapa yang sangka jelingan yang direka,

Menjadi selingan dalam hari merata,

Tekaan menjadi sanubari seketika,

Tidak menyangka yang meminta,

Bagaikan lusuh dicarik warna sang buta,

Kadang terlupa peranan bukanlah sang pendeta.



PetiHati :: Boleh jadi kegusaran yang berlaku ni paling hardcore tahun ni, selalu aku gusar dengan benda yang remeh macam bila makanan aku sampai, lepas ke tak duit aku ni sampai hujung bulan. kahkah


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...