Saturday, October 17, 2020

:: Tekad

Tekad menjadi sebuah cabaran,

Dalam mengenal pasti kehidupan yang berliku,

Pencapaian menjadi pengukur kepada nekad,

Serangkai menolak sesuatu yang berjasad,

Kepala yang berat tidak lagi mampu mengejar,

Seiring dengan motivasi harian,

Yang mengajar ape itu berfikiran tekad.


Kadang tekad ini boleh menjadi positif dan boleh ke arah negatif,

Andaikan sahaja tekad merubah kepada kebaikan,

Maka yang terlihat akan menjadi positif, 

Begitu sebaliknya,

Negatif yang muncul seolah membawa banyak erti.


Kesempitan, Kemurungan, Kekurangan,

Menjadi pencetus kepada sebuah tekad,

Kejayaan, Kesenangan, Kelebihan,

Juga memberikan satu tekad,

Andaikan saja tekad datang dahulu sebelum keberhasilan dari sebuah tekad.


Manusia silih berganti emosi dan sekeliling,

Tekad menjadikan manusia lebih terlihat berakal dan berilmu,

Begitu manusia juga antara penyebab hidup berlandaskan niat,

Tidak terlihat lagi pendorong kepada manusia melafazkan niat kerana tumbuhan,

Melihat yang baik, terdetik untuk menjadi baik juga,

Itu dipanggil hidayah  agar lebih tekad untuk menjadi baik.





PetiHati : Tekad aku hanya untuk melihat orang yang berada sekeliling aku sentiasa tersenyum Tiada gundah gulana. Andaikan aku dapat meresap segala kesusahan manusia, aku ingin mempunyai kuasa tersebut. Tuhan Maha  Mengetahui.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...