Wednesday, July 30, 2025

:: Duniaku Hancur

Resah aku menanti gembira,
Orang yang ceria dan menyenangkan,
Segala jerih perit duka didengar,
Namun Tuhan lebih menyayangimu,
Anakmu kini hanya menanti badai,
Nisan yang terukir namamu sentiasa tersergam,
Inilah cerita insan yang hebat dalam hidupku.

Ibu,
Terlalu banyak jasamu
Terlalu banyak khidmatmu
Terlalu banyak pengorbananmu
Terlalu banyak memorimu
Terlalu banyak senyumanmu
Terlalu banyak nasihatmu
Terlalu banyak keikhlasanmu
Terlalu banyak sayangmu
Terlalu banyak kasihmu
Terlalu banyak airmatamu
Terlalu banyak ceriamu
Terlalu banyak dan banyak dari kamu...

Aku,
Hanya ingin bertemu kamu,
Hanya ingin memeluk kamu,
Hanya ingin mendengar kamu,
Hanya ingin menyentuh kamu,
Hanya ingin mencium kamu,
Hanya ingin kamu.

Umurku seakan terhenti.
9 Julai 1991 bertarung nyawa melahirkan aku.
9 Julai 2025 engkau menghembuskan nafas yang terakhir.

Terima kasih Tuhan untuk senyuman dari ibuku buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Pandangan ini tidak akan pernah terpadam.

Biarlah dunia ku ini hancur.
Biarlah segala perancangan aku gagal.
Biarlah semua kalau membenciku.
Biarlah kalau aku ini tidak baik² sahaja.
Biarlah aku ini mati juga.

Aku akan tetap berusaha untuk memastikan segala yang baik aku buat ini untuk memastikan kamu bahagia dan gembira di dunia sana!

Al Fatihah buat ibu [ROSNANI BINTI KIMAN]



Friday, December 27, 2024

:: Sedekad Tanpa Kamu

Nekad celik dari mimpi, 
Indah tapi terpaksa jaga, 
Sambil tersenyum dikala mamai, 
Apakan daya subuh menjelma. 

Siapa sangka aku menua, 
Andaikan mati yang hadir, 
Yang pernah aku ungkapkan, 
Asalkan kamu tetap menjelma, 
Namamu tetap yang kuingat, 
Gitulah juga perasaan aku. 

Setelah sekian lama aku cuba melupakan, kamu hadir dalam lenaku dan genap 10 tahun jugalah tiada berita tentang kamu. Entah apa maksud mimpi itu. Perlu ke aku mencari kamu semula?

Hey kamu di sana baik2 saja kan? 
Senyum kamu masih seperti dulu kan? 
Kamu sedang berbahagia kan? 
Aku hanya bermimpi kan? 
Masa tetap takkan menyebelahi aku kan?



PetiHati:: Aku masih pegang prinsip hidup aku, tidaklah aku memiliki sesiapa selain kamu. Doakan semoga jiwa ini kuat dan tetap tabah. Aku doakan kamu berbahagia sehingga sampai ke Syurga.

Friday, December 2, 2022

:: Rentak Nama

Tiada lagi rentak nama yang menyenangkan sungguhpun kau bukan lagi pengaman jiwa ini. Tidak terlalu kecil dunia ini untuk mengorak langkah melambai samudera melewati bayu tapi masih ku fikirkan kamu. Andaikan jiwamu itu masih terpalit, libatkan aku bersama dirimu, andaikan hatimu masih berkait, izinkan aku mencapai nukilan buatmu. Hujan merentangi ketika ini, Buat kamu yang mengulit bahagia, Nikmati perjalan hidup ini, Aku cuma doa untuk dia. Terlalu lama memendam jiwa, Dua tiga empat telah berlalu, Yang satu kekal semadi bukan menyewa, Biar beranak pinak namamu selalu. Perit lumrah untuk ditelan, Begitulah jiwa terlalu serabut, Andai boleh terucap selamat jalan, Julangkan senyum terakhir untuk ku sahut. Biarlah suatu hari nanti dengarkan lah berita pemergianku, doakan aku sejahtera selalu. Memori ini tidak terlupus biar berpuluh ribu tahun mendatang.
PetiHati:: Jiwa ini tidak kosong, tetapi hidup ini telahpun kosong.

Sunday, April 3, 2022

:: Rasa Salah dan Rasa Angkuh

Hanya kerana kau lebih bernasib baik, hidup kau serba serbi lengkap, apa yang kau ingin semua tersedia, tak perlu fikir akan komitmen dan kemudian engkau datang ke aku dan merasa aku yang patut disalahkan dan aku yang patut dimarah? Inilah dia manusia suka menyalahkan manusia tidak bertempat, merasa angkuh bukan sekerat.

Monday, December 20, 2021

:: My Day

Saw your name through my food stories that i post from my food IG. Really made my day. I know that was an accident click on my profile picture. But it really made my day. Seriously. Now I can peacfully die. Thanks for great moment. -synz-

Tuesday, September 21, 2021

:: Mati Tersimpul

Bismillah

Berapa perihal kita pernah membangkit untuk satu keazaman memberontak pada keadaaan semasa tapi pada hakikatnya perasaan itu hanya dorongan daripada jiwa yang sedang celaru. Roh celaka yang tidak berpijak pada tuah, Roh sial yang tidak pernah diendah. 

Mati tersimpul pada kata,

Melihat jiwa sendiri dipukul,

Tersenyum puas sehingga ke mata,

Sakit ini bukan kau pikul.

Sentuh neraka pada hidup seketika,

Menginjak syurga pada angan menerpa,

Kau dengan aku hanyalah sketsa belaka,

Tidak terperi seloka manusia yang mendepa.

Paku leher pada belakangnya,

Dikhabar dunia menjadi puteri,

Sedang amarah syaitan yang punya,

Kenapa engkau masih memberi?

Tidak mati diludah sebaldi engkau takkan dapat apa yang kau mimpi jangan fikir engkau berada di atas peti sedang aku menggali lubang sendiri. Mati tersimpul pada leher tidak terputus nafas tersekat pada kerongkong menanti azab digilis besi. Biar tidak menjanji kepala kecil sedang aku selesa berada di terpencil engkau memberi tidak berbakul sampai masa engkau akan merasa FAKOF SYAFIQQULL!

Terlalu baik itu bukanlah sifat.

Jika mahukan mudarat segera mendekat.


Sedang Mati Tersimpul

Engkau bukan penjamin semasa di sana jadi tidak perlu mengajar aku apa itu dunia.

Aku dah sebati dengan durjana.

PetiHati :: Belum sempat aku merasa apa itu nikmat bersara tapi aku sentiasa berharap aku mati sebelum itu. Doakan aku.

Tuesday, June 8, 2021

:: Sakti Tidak Bertempat

 Bismillah


Andaikan kata-kata itu benarlah terlalu sakti, penjanji tidak akan memungkiri, peribadi yang baik tidak akan dapat mengaburi, keindahan mempunyai terlalu pelbagai definisi, dan perkara yang bangkit bukan hanya tahu menongkah diri sendiri. 

Jika benar tongkat itu sakti, laut yang terbelah juga memerlukan keizinan, menjadi bantuan kepada yang lemah juga perlukan pegangan rapi, dan pada hakikatnya ia benda yang tidak bernyawa dan masih memerlukan tuan.

Bagaimanapula dengan pahlawan sakti? Hidup dan mati berpegang pada Tuhan, kesakitan tetap dirasai, emosi juga perlukan penjagaan sempurna, rohani juga perlu santapan ilmu dan darjat ataupun pangkat hanya sekadar pegangan di dunia dan akan dipersoal.

Cinta sakti seperti tajuk sebuah lagu? Di awal lagi dah mempersoalkan bila nak menjadi, paksaan juga muncul pada rangkap seterusnya, bukti juga tiada pada perenggan selepasnya, akhirnya sendu sendiri sebab memang tak pernah wujud. Yang wujud adalah minda yang sering menyebarkan tanggapan.

Jadi apakah sakti yang dikatakan mempunyai kuasa? Ianya hanya metafora manusia. Seperti kesanggupan untuk berkrompomi tetapi tidak pernah memenangi. Bukankah itu suatu bentuk perkara sia-sia? Jadi telanlah apimu, kunyahlah tahimu, genggamlah sifat bodohmu, tanamlah perkara jijikmu. Tiada kompromi lebih serasi, melenyapkan diri lebih abadi.

Hidup ini hanya Tuhan dan pesuruhNya. Ini bermaksud jasad dan jiwa yang tiada mengena tidak akan pernah dikenang. Balasan baik akan diterima bagi yang diingat nama sahaja.


Luaslah mulut menghancurkan cita-cita.
Semakin luas semakin hancur.

PetiHati:: Kalau merasa berpijak pada benar, teruskan sahaja berpijak sebab yang nyata hanyalah sandiwara mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...