------------------------ ------------- Bergerak Bersama Angin: :: Semalam itu Macam-Macam
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 18, 2010

:: Semalam itu Macam-Macam

Alhamdulillah di dalam kesibukan aku mengemas rumah(poyo jer nih)sempat gak aku ambil masa untuk mengemas kini blog nih...

Hmmm.."manusia hanya merancang tapi tuhan yang menentukan"...kenapa aku keluarkan pepatah ini?tak mungkin aku menjadi sasterawan dalam masa yang singkat ini..hahaha...cuma nak cerita sikit pada hari raya haji yang lalu(semalamlah...) aku ingatkan dapat menolong sama-sama ngan masyarakat taman aku untuk bergotong-royong melakukan korban...tapi selepas sahaja solat sunat aidil-adha ayahku mengajak melawat adik aku di Kota Tinggi...nak atau tidak aku harus,wajib ikut...tidak boleh tidak...kene jugak...huhuhu..ayahku cakap ini lah masa yang sesuai untuk ke sana sebelum adik aku tu akan mengambil peperiksaan SPM yang akan dihadapi oleh dia minggu hadapan...dan aku juga terlepas lah peluang untuk hulurkan tangan membantu orang lain melakukan korban...tak per tahun depan ade(kalau umur panjang)...

aku bersama keluarga ku memulakan perjalan jam 10 pagi(lebih kurang la kot....)sampai jer kat sekolah adik aku tu, ayah aku terus menjemput dia dan kami semua berkelah di tepi pantai Tg.Balau...arghh tempat yang aman dan cantik sekali di situ...dalam hati ade nak mandi tapi bila tengok cuaca yang terik tu terus jer terbatal niat nak berendam kat pantai...lagi pon keadaan angin yang kuat menyebabkan ayah aku melarang..owh yer musim tengkujuh sekarang nih...bahaya kalau mandi di pantai tanpa pelampung dan juga pengawasan orang tua...

masa sedang bersantai tu macam2 yang diceritakan oleh adik ku...hmmm dengar dia bercerita memang seronok..ye lah tinggal form 5 dan form 4 sahaja yang ade kat situ..tingkatan lain semua dah balik ke rumah masing2...memang sekolah tu macam dia yang punyer lah...malam raya selepas bertakbir diorang ade BBQ bersama ngan guru yang tinggal kat situ dan juga warden...pergh sekolah dia memang support abes murid2 nyer...best giler...sekolah aku pon tak delah payong abes murid2 yang nak SPM dulu...

bila di fikirkan balik aku agak jeles lah dengan dia...sebab aku dulu pun mengimpikan untuk tinggal di asrama tapi di RMC lah..bukan kat asrama biasa..cita-cita aku dulu pun memang nak jadi askar..so RMC memang impian aku dulu...2 kali aku apply tapi dukacita dimaklumkan...first selepas UPSR dan second lepas PMR...dua-dua dia nak aku ni mempunyai pertalian keluarga dengan mana-mana askar...huh! memang babaii la jawabnyer...tak kan aku nak tipu plak..mana boleh..tapi tu hanyalah kenangan...tapi cita-cita aku masih lagi sama tak berubah...aku akan cuba capaikan ianya...insyaAllah...

okay sambung semula...lamunan da abes...masa kat sana aku tak banyak sangat borak dengan dia sebab dia bawak kawan lagi sorang...adus memang aku lemah...perempuan lak tu..aku hanya bukak mulut time makan dan berbual sedikit sahaja...so yang paling bayak bukak mulut masa tu adik aku,rakan dia,dan parent aku...huhuhu...i'm so terrible...aku memang agak susah nak berbual kalau baru jumpa...sorilah yerk...

dan babak yang paling menyedihkan ialah time kitaorang na balik..ibu aku merah padam muka dia..ye lah nak berpisah...aku just bagi ayat yang penoh dengan sokongan dan dorongan...sebab aku tau amat tertekan sekali bila waktu yang mendebarkan itu sudah hampir(aku kan abang...haha). tadi dia call sebab na bagi tau yang dia demam sekarang nih...ibu aku mula risau..aku just bersuara "biasalah dulu abang pon demam time nak periksa"..then ibu aku suruh dia tenang dan berehat banyak2...fokus dengan peperiksaan dan tiada masa untuk leka lagi...doalah banyak2 semoga diberikan tubuh badan yang cergas di hari peperiksaan kelak..


"Concentrated is the power has always been the friend of yours."


hmm anyway GUD LUCK for my sister Syazwani and her friend in SPM....DO THE BEST!!

Go Go Go!!!


hahaha...maknanyer cerita tentang lembu yang kene korban kat tempat aku takdelah yerk....sebab aku kat Kota Tinggi.

Gerak dulu heh....


Share/Bookmark

4 comments:

aiNi said...

good luck tuk adeq kamu ye...

hAziRaH yUs0f@kak yaa said...

..0oh..
..0ur adik same2 akan amik SPM tahun nie la yerk..
..insyaAllah semuanya yg terbaik untuk mereka berdua ye..
..ameen..
..MRC.. sk0lah yg penuh dgn displin..
..tinggi dh cukup tue syafiqq, tapi belum ade rezeki kan..
..xpe2.. teruskan perjuangan untuk peluang yang menanti..
(n_n)v

Muhammad Syafiqqullah said...

amoi:: nant saya sampaikan kat dyer...


zira:: haha..laa ye ker?x tau la plak..
betul tu..semoga diorang boleh buat dgn cemerlang..
MRC tggal kenangan yang mendukakan..
setakat fizikal mmg lepas..tp masalah nak ahli keluarga yang juga askar..huhu..
insyaAllah saya akan cuba teruskan perjuangan ini...

KERBiL said...

kaw! follow aku lah, aku da follow kaw neh :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...