Saturday, January 8, 2011

:: Sistem Baru Lah!~





Salam Sejahtera

entri kali nih maybe agak 50 - 50 sebab belum pasti lagi kesahihannya...ape yang aku nak cuba sampaikan ini mungkin akan terjadi..dan aku nak tujukan kepada para pelajar di seluruh negeri di Malaysia yang tercinta...

khabar angin nih aku dengar masa aku tengah lepak-lepak dalam bilik sambil menelan jus buahan(perlu ker nih?)
then adalah seorang kawan aku nih masuk dan menceritakan berita2 panas dan hot yang dia dengar dari mulut seorang pensyarah yang baru pulang meeting berkenaan perkara ini...

Kerajaan akan mengubah sistem pengajian di seluruh Universiti dan menjadikan ianya selaras...


ini bermakna kalau mengikut perancangan yang diorang bincangkan ialah..
semester satu bulan 1-4
semester dua bulan 5-8
semester tiga bulan 8-11
bulan DISEMBER adalah CUTI

ini bermakna dalam setahun cuma ade 3 semester!!!bayangkan dengan sillabus pelajaran yang berjela-jela dan merumitkan aku kene habiskan dalam masa yang amat singkat!kalau ade yang tak kisah pon cuma sesetengah siswa dan siswi sahaja...bayangkan kalau ade yang macam aku?(kalau adalah..) mesti rasa macam menyakitkan hatilah!~seperkara lagi  mesti sistem PnP huru hara...bayangkan dalam masa yang singkat ni jgk para tenaga pengajar bekerja keras memastikan yang sillabus subjek mereka habes..dan pada masa yang sama segala pengajaran mereka ini umpama hanyalah kerja..bukan mendidik ataupon memastikan pelajar - pelajar ini cemerlang...

fikirkan apa sebenarnya rancangan mereka-mereka ini??takkan nak jadikan bahan uji kaji lagi seperti sebelom nih?huh!
kalau seperti sebelom nih ada kebaikan nya walaupon ramai yang punah dan bernanah macam aku...hope rancangan kali nih adalah yang "
terbaik" lah!! taknak lah nanti bila dah ramai sangat yang hancuss baru nak fikirkan cara lain...





aku sangat - sangat terharu lah kepada KERAJAAN yang amat menitik beratkan serta memberatkan dan sentiasa menambah baikkan serta menambah burukkan komuniti2 manusia di atas muka bumi MALAYSIA yang tercinta...hope korang2  si kerajaan ni dapat penyokong yang sentiasa support korang dari belakang lah yerk...haha

oh yer kepada KERAJAAN MALAYSIA anda memang BAGUS laaa......memang patut anda ada ramai rakan "sampingan".....selain tu tak juga kurang hebatnya si anak buah yang sentiasa menurut kata abah mereka hanya kerana mengharapkan bla bla bla.......

Kehabisan bateri pada keyboard aku nih memaksa aku berhenti menaip lah pulak...berjumpa lagi lah yer...kalau ade lagi yang menarik perhatian aku sampaikan lagi.....

~~TATA~~~

4 comments:

. said...

sistem dulu maksud kau PPSMI la ya?

nii sebab nak tarik pelajar luar negara je kan?

tergugat la cuti aku yg paling panjang kat Malaysia ni. haha

Insan Bodoh said...

yup sistem yang dulu lah...
tu yang aku huru hara...haha

tak tau apa sebab..
kalau nak tarik pelajar luar negara pastikan rekod ceemerlang kat institusi tu dulu..baru betol...

tapi yang pasal cuti ni aku setuju..
dari 4 bulan setahun jadik sebulan...
huh!....

aiNi said...

aduyai...cepatnyer..

Insan Bodoh said...

cepat untuk bdk2 semester akan datang jek...
dlam 2 tahun sudah grad...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...