Wednesday, March 30, 2011

:: Tiba Masa Memeriksa


bismillah

salam sejahtera kepada pengunjung laman siapasyafiqq nih....
kadang-kadang masa lapang yang kita ada tidak dapat kita penuhinya dengan baik...lagi-lagi macam tuan tanah ni heh...pantang ada masa lapang syafiqq akan mengadap laptop ataupun baring tenangkan diri di atas kati selama 3-4 jam....zzzzzzz..

okay...sedar tak sedar sekarng nih dah hampir dengan bulan April...huh!~ Kalau dulu rasa takut sangat dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun ...ye lah time ni kan nanti ade Hari Terbuka sekolah...confirm nak bawak ibu ayah ke sekolah untuk bertanyakan cikgu tentang prestasi anak mereka itu amatlah takut...lagi-lagi kalau macam Syafiqq nih...tak pernah nak membanggakan ibu ayahnya...hrmmm..entah bilalah kan nak dapat mencapaikan impian ibu ayah untuk melihat anak sulung yang merupakan satu-satunya lelaki dalam kalangan anakanya untuk mengharumkan nama mereka suatu hari nanti,...InsyaAllah akan syafiqq berusaha untuk menjadi orang yang berguna yang pastinya akan mengharumkan nama ibu dan ayah....yeah!

tapi sekarang nih rasanya bukan lagi Peperiksaan Pertengahan Tahun lagi...tapi Final Exam untuk setiap semester...erghhhhh!~ bukan lagi pertengahan tapi terus Final!!!! rasa berdebar tu confirm ade...selain tuh rasa kurang yakin mulalah muncul ditambah pula apabila dah tengok markah yang dikumpul sejak sejak awal semester...Lulus atau Tidak itu memang sudah terserah lah...tetapi yang sering syafiqq fikirkan ialah apakah yang ada dalam peperiksaan nih?kenapa dan mengapa perlu ada peperiksaan?


berikut apa yang syafiqq cuba rungkaikan....
  1. ada yang berpendapat peperiksaan itu adalah lagha(sia-sia) "ingat ni adalah pendapat!"..mereka menyatakan bahawa peperiksaan ini tidak penting...tetapi yang penting adalah ilmu yang kita dapat itu..mereka juga merasakan bahawa kecemerlangan dalam peperiksaan juga tidak penting....
  2. ada yang berkata-kata peperiksaan itu amanah...mereka ini pula merasakan peperiksaan yang dihadapi adalah berkait dengan titik peluh sendiri...maksudnya jika lulus mungkin kerana usaha nya lebih..begitu juga sebaliknya....

okay...yang pertama sekali kenapa peperiksaan itu diwujudkan?? adakah ilmu yang kita terima itu begitu cukup untuk memastikan kita boleh menjadi jurutera ataupun doktor??adakah tanpa peperiksaan sijil-sijil dapat dikeluarkan hanya berdasarkan ilmu??ingatlah bahawa kepercayaan masyarakat juga berdasarkan pengiktirafan yang kita terima ..maknanya jika ilmu ada banyak sekali pun tapi tiada pengiktirafan maka tiada gunanya...sekiranya gagal dalam peperiksaan,masalah utama yang akan dihadapi mestilah pandangan masyarkat sekeliling ke atas kita,selain itu perasaan ibu dan ayah kita juga mungkin akan terguris,...memanglah mereka ada cakap "ibu ayah tak harap kamu mendapat cemerlang sentiasa...cuma ibu ayah harap kamu belajar dengan bersungguh ,dapat ilmu dengan banyak dan berakhlak soleh..." heh ini ape yang mereka katakan...cuba kita bayangkan pula dengan tenaga tulang empat kerat mereka yang susah payah menghantar kita ke tempat menuntut ilmu bagi memastikan kita menjadi orang yang lebih berguna??jika kita gagal dalam peperiksaan pastinya hati mereka menjadi luluh dan hampa...

so syafiqq merasakan pada peperiksaan itu ada maruah KELUARGA kita...selain itu juga maruah umat ISLAM juga kita bawa bersama..ingat bahawa jika mendapat markah rendah pasti akan mengundang persepsi buruk masyarkat sekeliling terhadap kita...so untuk mengelakkan lebih ramai lagi mendapat malapetaka ini pastikan PEPERIKSAAN itu juga seperti NYAWA....jika tiada peperiksaan umpama takde nyawa...haha...agak macam kasar tapi jika didalamkan lagi ayat nih pastinya ade jawapan....

heh...pasal peperiksaan sahaja sudah boleh menjadikan kita lebih berhati-hati dalam hidup...belum lagi dikaitkan dengan amal dan lain-lain....ini juga sebagai pengajaran kepada syafiqq yang sering menjadikan peperiksaan ini sebagai bencana...waaaaaaa!!!!~ So lepas ni syafiqq akan pastikan peperiksaan, tak kira lah di mana jua atau ape level sekali pun sebagai sesuatu yang menyeronokkan...haha..macam geli...

yeah!!! sifat nih harus ditanam sekarang!!




hope sesangat dapat buat yang terbaik untuk peperiksaan yang akan menjelang tak lama lagi..kepada semua yang akan menghadapi peperiksaan juga syafiqq ucapkan SEMOGA BERJAYA!!~

dengan ini saya melambai~~~

p/s:: Tahniah untuk adik syafiQQ yang telah mendapat keputusan yang lebih cemerlang dari abangnya nih dalam SPM ...dan semoga dia lebih berusaha untuk mendapat yang lebih cemerlang...InsyaAllah...

2 comments:

hAzirAh siCoffee Latte @ kakyaa :) said...

ye.. ye..
EXAM UMPAMA NYAWA.~~~
A L L T H E B E S T
for your final examination...
make y0ur parents pr0ud t0 have u as their s0n..
n me as y0ur friends...
n_<v

Insan Bodoh said...

terima kasih kak yaa...
saya akan pastikan dapat buat yang terbaik dan dapat hasil yang terbaik...
d>.<b

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...