Wednesday, July 20, 2011

::34 minit sehari

sabda Rasulullah s.a.w .: "sesungguhnya amal yang pertama dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya diterima ,maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia.tetapi jika solatnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia." -Hadis riwayat at-Tarmizi.



bismillah


kali ini syafiqq nak berkongsi tentang keistimewaan solat..bukan perkara yang baru sebabnya mungkin ramai yang sudah tahu..tapi kali ni ada diselitkan dengan kiraan matematik sikit...bukan kompleks matematik cuma logik sedikit jek..haha

Ramai yang sudah tahu bahawa kita diwajibkan untuk menunaikan solat sehari semalam sebanyak 17 rakaat.Andaikan sahaja setiap rakaat memerlukan masa selama 2 minit sahaja.Apabila (17*2) bererti hanya 34 minit sahaja diperlukan dari 24 jam yang diberikan dalam sehari.Ini bermakna hanya 2.4% sahaja yang diperlukan untuk kita menunaikan solat dalam sehari.Baiklah sekarang dijulatkan dalam masa seminggu apabila 34 minit tadi didarabkan pula dengan 7. Sekarang jumlah yang kita peroleh adalah 238 minit.Dalam masa seminggu tersebut hanya 238 minit sahaja yang diperlukan berbanding dengan masa yang kita laburkan untuk membeli-belah,beriadah dan sebagainya.

Itu baru seminggu,bagaimana pula untuk sebulan.Jumlah 238 minit tadi didarabkan dengan 4 akan peroleh jumlah sebanyak 952 minit sebulan!Baiklah proceed untuk dapatkan dalam nilai setahun pula.952 minit tadi didarabkan dengan 12.Jawapannya ialah 11,424 minit.Masya-Allah cuma 11,424 minit sahaja yang diperlukan dalam masa setahun.cuba nilai kembali dengan berapa minit yang kita habis hanya untuk berhibur,berdating,dan sebagainya.

11,424 tadi ditukarkan dengan jam pula.Jawapannya adalah 190.4 jam dan diubah kepada nilai hari pula iaitu dibahagikan dengan 24. Jawapannya ialah 7.93 hari.Bermakna kita hanya perlukan lebih kurang seminggu sahaja untuk menghadap Maha Esa dalam masa setahun iaitu bersamaan 365 hari.

Usia manusia pada masa kini puratanya sehingga umur 60 tahun. Apabila ditolakkan dengan 10 tahun masa sebelum akil baligh bermakna tinggal 50 tahun.Jumlah 190.4 jam tadi didarabkan dengan 50 tahun.Jumlahnya adalah 9520 jam dan dibahagikan pula dengan 24 untuk mendapatkan nilai hari,ia menjadi 396.7 hari iaitu lebih kurang 1.1 tahun sahaja daripada 50 tahun untuk kita melaksanakan kewajipan menunaikan solat lima waktu.

Syafiqq bukan hendak bercakap besar ataupun berbual gebang dengan mengeluarkan entri ini.Normal sebagai manusia biasa syafiqq juga ada meninggalkan waktu solat secara sengaja.Jadi tidak salah bukan kita sama-sama mengingati antara satu sama lain.Lagi satu syafiqq bukan nya pandai nak berkongsi tentang cinta,ekonomi,politik dan segala bagai.Rasanya perkara sebegini boleh lah syafiqq berkongsi sebab ianya umum iaitu universal.Bukan kah Islam itu untuk semua?




ayat yang harus di ingat!


petihati:: Kenapa masih ada sifat dengki dalam diri manusia. Tidak boleh melihat orang lain bahagia.Apa yang dimahukan?

4 comments:

hAzirAh siCoffee Latte @ kakyaa :) said...

34 minit sehari...
nice entry to be shared....
n_n

abby zailan said...

takut bace entry ni...takutnye~~ kite da la byk dose....

Insan Bodoh said...

zira-chan :: terima kasih...
hope dapat share lagi mcm nih..huhu..

Insan Bodoh said...

abby:: tidak perlu takut...beranilah kerana ia benar..
dosa dan pahala bukan kita yang tentukan...
musahabah diri bebanyak...dah dekat bulan ramadhan nih...bersedialah secukupnya...=D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...