Sunday, July 24, 2011

:: Semakin Kita Beremosi Semakin Akal Kita Tidak Berfungsi.





Bismillah

Alhamdulillah kali nih syafiqq ada peluang sedikit untuk berkongsi sesuatu. tak tau nak mula dari mana tapi biarlah syafiqq yang memulakan sebab kalau tak mula macam mana nak jadi cerita ye tak?xD


First sekali sekarang nih berada dalam keadaan tertekan sesangat. tak tau macam mana boleh tertekan padahal tiada buzer untuk ditekan. tapi biarlah perasaan nih disemat dalam baju.so tak perlulah benda nih nak ditunjukkan sangat....berlakon sudah!~

Emosi adalah sesuatu sifat yang timbul disebabkan sesuatu keadaan.Ia muncul sejak kita dilahirkan lagi. Apa yang dikaitkan dengan perasaan mudah marah,kecewa,rendah diri dan segala macam bentuk dikaitkan dengan emosi.Tapi bukanlah rasa amarah,sedih sahaja yang berada dalam golongan emosi..bahagia,senang,jatuh cinta,terkezut juga salah satu kelompok emosi...definisi untuk emosi menyebabkan manusia perlu untuk menggali lebih dalam untuk mencari dan terus menyiarkan apa lagi yang dikaitkan dengan emosi...

Bila sebut pasal emosi, benda pertama yang timbul mestilah emosi stress. antara sebab berlakunya stress mungkin datang dari persekitaran , selain itu berpunca dari sendiri, jika tidakpun daripada hubungan antara sesama manusia. Apabila berlakunya stress rasional mudah hilang dan akhirnya seseorang itu tidak menjumpai cahaya sehingga ke hujung lorong permasalahan. Kesan dari stress adalah cubaan membunuh orang lain dan yang paling bahaya sekali membunuh diri. Masalah macam gini biasa timbul pada orang yang kechewa dalam percintaan dan sekali gus menyebabkan mereka bertindak kurang pandai.

Stress dan marah boleh dikaitkan kerana pada waktu ini akal jadi sangat tumpul...waaahhh...perkataan yang keluar dari mulut adalah perkara yang sama...umpama sebuah kotak besi yang dimasukkan kapas dan paku kemudian terus ditutup. Maknanya dua-dua dalam kotak besi tersebut tak boleh keluar dan seterusnya mengakibatkan paku boleh karat dan kapas boleh bercerai.Tak tau lagi nak definisikan apa...hahaha...tapi nampak kan bahayanya kerana ia boleh menambah dari satu masalah ke masalah lain...umpama nasi yang jadi bubur kemudian hangit....=____=

Antara cara mengatasi nya mudah..,ketika emosi sedang bergelora ,sedarkan diri bahawa kita semakin menjadi orang kurang siuman, keupayaan otak untuk berfikir amat teruk sehinggakan tangan dikatakan kaki...=P.   Asingkan suara dalaman,bezakan antara bahang emosi dan ilmu serta fitrah murni.Sebenarnya kita mampu mengawal emosi kerana manusia berada dalam golongan yang bijak mengawal emosi.Latihlah arus minda kerana stress boleh menyebabkan manusia berimaginasi dan seterusnya melakukan perkara yang Bombastik,Fanatik,Drastik dan Luar Biasa Hebat....haiwan pun takut nak buat.!!!faham-faham lah yerk..


OK selepas mentarah segala jenis ayat kat atas syafiqq rasa elok seperti sediakala. Terima kasih pada idea nih kerana mampu mencari jalan penyelesaian bagi menangani stress nih....OkBai~~
:: Longgar rasanya pendirian aku nih ::



Petihati :: Stress yang dihadapi mungkin disebabkan sifat syafiqq yang semakin dewasa...

6 comments:

hAzirAh siCoffee Latte @ kakyaa :) said...

perhatian: ayat yg last tue agak gedik! dgn simbol bagai....
harharhar... [gelak yg di plagiarize!]

abby zailan said...

betul3x...
sbb 2 la dlm ape2 situation pn kte kne cool jep hahaha

Insan Bodoh said...

hazirah:: ayat yang last tu sebab syafiqq dah dewasa kan?harharhar..
[jangan gelak mcm tuh kat luar!]

Insan Bodoh said...

abby:: thanks..
betul tuh...mencari jalan untuk menjadikan diri cool...barulah tak stress!!

hAzirAh siCoffee Latte @ kakyaa :) said...

dewasa la tue...
kata dah 2 dekad...
hihihi... =D

Insan Bodoh said...

haha...akhirnya...menginjak dewasa juga..=P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...