------------------------ ------------- Bergerak Bersama Angin: :: Hari-Hari Tanpa Kelas
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 12, 2011

:: Hari-Hari Tanpa Kelas

bismillah


lama betul tak menaip sesuatu untuk ruangan neh..rasa macam ada dekat dua abad pulak..haha
sekarang dah start cuti semester...tapi rasa macam baru jer bermula semester..apepasal fikiran tiba-tiba nak guna ayat neh pun tak tau..tapi yang pasti dalam banyak-banyak perkara perkataan CUTI memang memberikan seribu erti cinta dan kasih sayang pada diri sendiri...iaitu TIDUR dan MAKAN tanpa had...


seperkara lagi cuti semester kali neh rasa macam sangat padat..dahlah cuti sebulan pastu ada jer planning nyer...
benda yang best sekali dapat jadi sukarelawan untuk Karisma...

Karisma nih adalah aktiviti mengumpulkan bakat yang terpendam dikalangan mahasiswa dan mahasisiwi di dalam UiTM...walaubagaimanapun adui tak semua jenis sukan yang dipertandingkan..berharap jugak sukan olahraga dipertandingkan tapi tak pernah wujud...mungkin satu hari nanti kot bila dah jadi VC..hehe..berbalik kepada cerita sebelum merapu neh tadi...semasa Karisma tu nanti saya menjadi sukarelawan yang akan menguruskan bahagian Sepak Takraw...tak perlu dijelaskan ape itu sepak takraw sebab sukan neh agak popular jugaklah...

tak tau keadaan nyer macam mana nanti...tapi berharap ianya baik-baik sahaja dari awal hingga hujung...dan sebelum bermula event tuh pada 17 aribulan neh..pada 14,15,16 aribulan oktober kami-kami yang menjadi sukarelawan neh ada kursus...lihat pada tentatif lebih kepada kemanusiaan...mungkin dia tak nak kami menjadi haiwan kot masa event tuh...hehehe...

rasanya cukup kot sampai di sini sebab menaip kat laptop orang sebenarnya..hihi..rasanya untuk cuti sem kali neh ada jugak manfaatnya..dan habis event neh macam biasa pencarian nafkah harus dilakukan...kalau duduk rumah jek mungkin dah tak rupa orang...

jumpa lagi...n__n


PetiHati::Andai peluang itu kembali bersedia , sanggup melepaskan segalanya demi mencapai cita-cita.


Share/Bookmark

2 comments:

abby zailan said...

elelele derks mst x saba nk buka sem sbb bole la jumpe si tuuuuuuuuuuuuu :P

Muhammad Syafiqqullah said...

haha...abby2...
kenapalah dibangkitkan hal tuh..takde kene mengena..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...