Tuesday, April 3, 2012

:: Yang Terselamat

bismillah

Ada cuti 2 bulan.tapi dipendekkan jadi tinggal 2-3 minggu sahaja...tidak mengapa kerana saya mengambil pengajian intersesi...haha...kalau dah fail tu kene lah repeat paper...nak ngadap time semester baru ataupun time intersesi...

Sebenarnya yang saya nak bangkitkan di sini bukan pasal exam or what or whateverrrr~
Hari tu lepak2 minum cendol dengan rakan lama saya...firdaus nama dia...banyak benda yang kami bualkan dari bangun tidur sehingga waktu nak tidur...senang cakap macam-macam kisah lah...

then ada satu topik yang kitorang bualkan neh...berkenaan Islam dan Politik

Islam yang kuat sebenarnya wujud apabila Islam tidak digeruni oleh orang-orang bukan Islam...kenapa saya berkata sebegini pun aduhai..

1. Apabila Islam dianggap sebagai bukan pengganas...lebih ramai lagi akan menyokong perjuangan Islam..
2. Hukum Islam mudah diwujudkan apabila pihak non-Muslim sanggup bekerjasama.
3. Keamanan negara dapat diwujudkan kerana orang Islam boleh berada di mana2 sahaja tanpa gangguan.
4. Kepercayaan lebih kuat akan terbentuk terhadap orang Islam.

ok..apa yang saya nampak di MalaysiaKini ialah apabila sebut pasal politik dan perjuangan...saya lebih percayakan kepada pembangkang...see benda pertama yang sampai kat kepala saya ialah Islam..kemudian perjuangan...andai kata lah kan sebut pasal pembangunan bagai..atau pemodenan...tak guna kalau mampu membina menara setinggi langit jika tamadun tidak terjaga...tak ingat ke apa yang terjadi masa lalu..apabila manusia semakin lupa..bagaimana mereka dibinasakan...terus tiada lagi bangunan2 yang dibina...semuanya dihancurkan..

saya tak mahu Malaysia menjadi sebegitu...semakin lama semakin banyak gejala tidak sihat berlaku...malah hukum Islam sendiri pun di tidakkan...


saya mahukan perubahan...biarlah perlahan-perlahan...janji perjuangan mengibarkan panji Islam itu tercapai..

Islam itu....Melayu itu...Beza...



KataHati:: Melihat ulama mampu mempersonakan...lebih teruja berbanding meihat artis bullshit...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...