Monday, July 22, 2019

:: Yang Boleh

Telah menjadi sinonim pertuturan yang sering diucap tersangat menarik menjadi imbasan tentang rindu.

Yang Boleh,
Menjadi sebuah untaian harapan,
Terjerat dalam sebuah ikatan,
Teriak nasihat menjadi kebencian,
Deruan tak bermakna sehaluan,
Tekaan nafsu menjulang persiapan,
Hasutan demi hasutan terus terciciran,
Yang ada hanya seloka sebuah perhatian.

Yang Boleh,
Andai yang aku impikan menjelang,
Sejenak aku cuba bertenang,
Tahu sendiri lebih jauh menyimpang,
Tidak mungkin berhasil dipandang,
Perasaan jiwa yang bersilang,
Mungkin yang ditakutkan telah datang,
Fahamlah manusia hanya mampu merancang.

Yang Boleh,
Merealisasikan itu tidaklah mudah,
Indah yang ada diwajah,
Rasukan emosi mahukan penyudah,
Andaikan saja tidak mengalah.

Jangankan pertemuan singkat menjadi angan sahaja,
Entah bila menjadi berani mencipta memori,
Rentak yang aku ada sendiri tidak menentu.


PetiHati :: Boleh jadi aku mengikut jejak langkah seorang sahabat, bertemu hanya sementara, sekarang sentiasa bersama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...