Monday, April 20, 2020

:: Bala Bencana

Teriak yang berlaku semasa musim kuarantin.

Di titik penghinaan demi penghinaan,
Segerombolan datang menawarkan perhambaan,
Belum lagi yang isytiharkan cacian,
Banyaknya yang sedang makan umpan,
Telan batu tidak menggunakan tangan,
Setakat carutan sahaja tidak mampan,
Teruskan mengibar panji hasutan,
Sedang tiada maksima melebar senyuman.

Sedang hinaan yang pertama menyusul,
Termetrai prinsip terawal yang diceroboh tersasul,
Berkali suntikan peringat dimasukkan berbakul,
Darah daging bukan sejenis molekul,
Belum penting untuk menjadi yang terkumpul,
Itu pencerobohan hak asasi yang unggul.

Hinaan kedua mendatang tanpa undang,
Beberapa perhambaan dilantik menjadi pecundang,
Sudah berbakul yang bertanya siapa yang datang,
Menutup malu memukul dahi sampai berbelang,
Mana difikir perasaan jantan wajib ditendang,
Konon mencuba tapi mengeruhkan air tenang.

Paling terhina mengacau perkara penuh ilusi,
Bagai dicarik minda yang penuh emosi,
Dicabar pula untuk menyuntik benda yang basi,
Bagai si api yang penuh dendam pada si besi,
Tiada kata yang menjadi penciptaan yang berisi,
Realiti dan ilusi tidak akan pernah serasi,
Kenapa terlalu berfikir bagai tiada ambisi?

Lihat sekeliling,
Lihat pelbagai,
Lihat tanggungjawab,
Lihatlah dari sudut manusia abadi,
Lihatlah aku takkan pernah kembali.

BELUM ADA SATU PERKARA INDAH MUNCUL SELEPAS YANG PERTAMA!

Hutan juga yang buat aku berfikir secara rasional.

PetiHati:: Semoga Virus ini segera menghilang supaya boleh menjalani kehidupan macam manusia biasa, yang tak biasa bila ada manusia yang sering mengacau hati dan fikiran belum lagi masa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...