Sunday, June 7, 2020

:: Dasar Durjana

Antara monolog terdalam tidak terkira biarpun disemai setiap masa.

Tenggelam bandar yang penuh kota dihempas pula yang sedia berada di desa tidak terjangkau fikiran untuk berleluasa menjadikan imbuhan kepada si perosak suasana.

Saya cuba merungkaikan monolog dalaman saya:

Tenggelam bandar seperti yang kita tahu terdapat kisah di mana seluruh negeri/kerajaan diterbalikkan kerana melanggar perintah Tuhan. Ini disebutkan dalam Al-Quran. Tapi itu bukanlah sama maksud dari kata-kata dalaman yang saya fikirkan. Saya tidak akan menyentuh perkara yang memang kita tahu kebenaran dan kesahihan Nya.

Tenggelam bandar yang penuh kota,
Setiap deruan yang membina,
Setiap pencakar langit yang dipuja,
Setiap peranan menjadi hamba,
Setiap impian terpatri bersama,
Itulah bandar yang penuh kota.

Dihempas pula yang sedia berada di desa,
Suara bergema memandu cara,
Suara nasihat melilau pancaindera,
Suara tangisan merobek ketika menjelma,
Suara bantuan meminta hadir diterima,
Begitulah yang berada di desa.

Tidak terjangkau fikiran untuk berleluasa,
Fikiran menjadi buntu seketika,
Fikiran menjadi buah yang pelbagai perisa,
Fikiran tidak mencapai maksima,
Fikiran belum pasti yang bercanda,
Fikiran melihat tanpa disangka buaya,
Andaikan fikiran ini berleluasa.

Imbuhan kepada si perosak suasana,
Tambahan ingin mencapai keinginan,
Tambahan bagi melunaskan tuntutan,
Tambahan untuk melihat senyuman,
Tambahan supaya tiada kerunsingan,
Tambahan jika mendapat habuan,
Setiap imbuhan menjadi titik permulaan.

Dalam hidup, menginginkan sesuatu yang nampak manis, nampak berjaya, nampak selesa adalah impian bagi setiap manusia begitu juga saya. Berbekalkan doa dari syurga kita adalah yang utama, mendoakan kepada mereka juga amat perlu setiap masa. Jadi setiap masalah/dugaan yang menjelma dalam seketika, biarkan dalam kenangan kerana tak semudah ABC untuk manusia memahami manusia. Suara-suara yang menjadi pendorong adalah kekuatan dalam menjalankan kehidupan normal. Teruskan berdoa agar tidak terjatuh ke haluan yang tidak sepatutnya.

Kemenangan bukanlah setiap hari dalam hidup, namun kekalahan bukanlah perhentian untuk menjadi yang terpaling POWER! kahkah

Dax Shepard Idiocracy Quotes: top 8 famous quotes about Dax ...
We better set our aim together with promises and hopes.


PetiHati :: Boleh jadi kedurjanaan dalam hidup adalah satu pengikat kepada prinsip hidup supaya gangguan emosi tidak tercetus setiap masa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...