Thursday, January 28, 2021

:: Meratap Tinggi

 Bismillah

Sebagai pembuka kepada persoalan, saya kepilkan bersama berita mengenai rakan saya yang baru sahaja kehilangan ayahanda. Semoga Allahyarham di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah. Terima kasih buat yang sedekahkan Fatihah, semoga niat baik kita sampai dan diterima.

Manusia dan perkara yang sudah berlalu, sering menjadi igauan, memori dan kenangan yang menyimpan segala berjuta maksud. Setiap perbuatan yang telah dilakukan sering menjadi ketandusan kepada pemikiran dan kesan yang melampau pada gaya hidup. Tak dinafikan penyesalan sering menjengah minda meskipun berada dalam keadaan yang sangat sibuk. Terlalu banyak cubaan dalam menyongsangkan pemikiran ke arah masa lalu tetapi ia tidak semudah itu wahai Ferguso.

Menjadi satu santapan jiwa bagi perkara yang mendambakan dunia,

Telalu haloba menyesakkan udara yang dihirup dengan pelbagai helah,

Dalam hati penuh jiwa yang meringkuk setelah dihina dan dirobek,

Bagaikan api yang membakar ke segenap ruang di dalam perbuatan,

Memori yang dikatakan manis bertukar menjadi payau dan meloyakan,

Penuh kiri dan kanan jiwa yang merentan dihasut menjadi musuh jelmaan,

Naungan kealpaan sering menjadi sebutan dikala berasa senang,

Teriak halangan tidak didengari dan ditendang ke kawasan paling kelam,

Peristiwa berdarah tidak lagi menjadi sebutan ketika bersorak,

Cecair yang memekat hijau tidak lagi menjadi pembuka selera,

Mengagungkan pangkat dan takhta telah lama ditinggalkan,

Menyesali diri yang sekarang bersendirian.


Di dalam hidup sering terdengar teruskan berusaha, jangan pernah mengalah, lekas bangun kembali, pandang kehadapan dan bermacam lagi. Sedarlah kita hanya manusia yang hanya perlu ditugaskan untuk bersyukur, ditugaskan untuk percaya qada' dan qadar, ditugaskan untuk menjadi hamba yang taat, ditugaskan menjadi khalifah di muka bumi. Kata-kata yang didengari teruskan meresap ke dalam jiwa, jangan pernah mengalah untuk menjadi seseorang yang diredai, bertawakkal, merendah diri dan kuat berusaha. Diri kita ini bagaikan mutiara, semakin bersih semakin bersinar. Meskipun hidup sentiasa menekan, nikmat untuk hidup digunakan sebaik mungkin. Jadilah seseorang yang sentiasa memberi kerana nikmat ini daripada Tuhan.


Kronologi memori manusia tidak dapat ditandingi dengan teknologi ape pun. Tuhan Maha Besar.



PetiHati :: Andai bertemu 10 tahun yang lalu, aku nak bisikkan ke telinga aku sendiri, "SSS" Stay Single Syaf. Hurm.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...