Tuesday, August 9, 2011

:: Tolong Renungkan



bismillah

"Tolong kurangkan mendengar lagu raya pada awal bulan Ramadhan."

ouh bende ni lah yang syafiqq dan rakan syafiqq kongsikan semasa berjalan-jalan di bandar Segamat sambil mencari sepasang kasut hitam dan berkulit(kasut hitam adalah subjektif)
:: GiGa Puding ::

Actually bende nih ada disebutkan juga sebelum nih oleh cikgu syafiqq semasa berada di sekolah menengah...

Sebab musabab kenapa kita disuruh kurangkan mendengar lagu raya atau terus tidak mendengar lagu-lagu sebegini semasa awal Ramadhan...

Beginilah secara definisi kontra nyer saya bagi contoh...apabila kita sedang menghadap peperiksaan , patut ke kita asyik berfikir tentang apakah aktiviti yang hendak dibuat selepas periksa kelak...sedangkan peperiksaan baru saja bermula...nah apa pula yang terjadi pada jawapan pada kertas periksa...?kalau bernasib baik memeyh ar kan...syukur alhamdulillah..bagaimana jika segala yang kita jawab tersasar pada syllabus atau format jawapan...pastinya kita akan kesal kerana tidak memberikan tumpuan sepenuhnya semasa sedang menjawab peperiksaan...dan akhirnya perkara yang kita patut berjaya di gapai dan juga genggam terlepas dan sukar dapat semula...

Baiklah apa yang syafiqq nak berikan maksud dari definisi kontra di atas(definisi kontra means definisi yang takde kene mengena dari tujuan asal) ialah penekanan terhadap mendengar lagu raya ketika di awal Ramadhan...sering terdengar di radio sentiasa memutarkan lagu-lagu raya yang sering menjadi permintaan konon nya hendak merasa feel raya tersebut...tapi sedarkah kita bahawa kita mendengar lagu raya di bulan Ramadhan seperti hendak menghalau Ramadhan tersebut...Masya-Allah rupanya selama nih kita sering terleka tentang perkara ini...manakan tidak kita asyik megejar kesibukan kita kerana hendak beraya tidak lama lagi sedangkan puasa baru sahaja bermula...sepatutnya Ramadhan kali nih di isi dengan amalan-amalan yang disuruh selain itu menambah lagi dengan amalan sunat....tapi apa yang terjadi kita sibuk mengejar raya sehingga kita dah terlakukan perkara yang ditegah contohnya buang masa,membazir,dan kurang beramal.

Renungkan juga apa yang terjadi apabila Ramadhan melabuhkan tirainya? kita akan merasa menyesal kerana mungkin tidak dapat berpuasa ikhlas kerana Allah...berpuasa disebabkan tiba bulan Ramadhan dan hendak menyambut Syawal...definisi Syawal juga disebutkan untuk meraikan setelah sebulan berpuasa...selain itu bagaimana pula dengan tanggapan sesetengah masyarakat melayu Islam sekarang yang menjadikan Ramadhan sebagai adat dan ramai yang sambil lewa dan serius tidak peduli apa.Oh tolong jauhi sikap sedemikian.Beribadatlah kerana Allah.

Kita seharusnya menjadi teruja kerana Ramadhan kali nih dapat dirasa dan belum tentu kita dapat merasa kelak. Selain itu Ramadhan umpama tetamu dan tetamu itu pula harus dilayan dengan baik, sebab ramadhan adalah tetamu luar biasa yang membawa pelbagai hadiah dan ganjaran.


Baiklah apa yang syafiqq cuba nak kongsikan nih ialah kenapa kita terlalu nak sangat mendengar lagu raya sedangkan Ramadhan yang menjelma ini kalau boleh tidak mahu dilepaskan...satu lagi perkara penting bukan diharamkan terus untuk mendengar lagu raya tetapi biarlah dah 3-4 hari nak raya baru dengar....masa tu rasanya lebih feel kot...dan satu lagi seperti tidak menghormati Ramadhan apabila membuka lagu raya sekuat-kuat tidak....cubalah gantikan lagu raya itu dengan lagu-lagu lain yang lebih berfaedah...=D

Selepas ini janganlah nak memandai untuk menghukum tentang isu ini...fikirkan kembali sebab ia logik dan tak perlu diperbesarkan...masing-masing kan ada akal...boleh membezakan mana yang baik dan mana yang buruk...cedok yang baik dan curah yang buruk.

Rasanya kita akan tersenyum apabila Ramadhan kali nih membawa perubahan yang besar kepada diri kita...berterima kasih lah kepada nikmat Ramadhan yang diberikan Allah....Alhamdulillah...

Maaf sebab keyboard ini sudah kehabisan dakwat dan tidak dapat meneruskan celoteh.

:: dah tiba musim periksa tak lama lagi ::
PetiHati :: Ibu sering berpesan suapaya tidak mendengar takbir raya pada awal2 Ramadhan...tapi yang pastinya mesti ada maksud tersirat walaupun bertakbir itu baik.=D

4 comments:

abby zailan said...

owhh bru cheq tau... timo kasih no... :)

Insan Bodoh said...

sama-sama abby...

AS said...

tak dengar lagu raya bob..
tak semngt..feel lagu jiwang je. hihi

Insan Bodoh said...

haha...bagus...
tapi kalau tak feel nak raya tuh rasa lain mcm kau nih..=___=

layan lagu jiwang...ewww~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...