------------------------ ------------- Bergerak Bersama Angin: :: Takut tak Takut
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 19, 2012

:: Takut tak Takut


bismillahhirrahmannirrahim..

manis kan kalau setiap perbuatan dimulakan dengan bacaan bimillah..kalimah yang sgt ajaib..byk kisah terjadi dalam menyebut kalimah ini...semuanya memberi kita pengajaran dalam menjalani setiap amalan dengan ayat terpuji..

bayangkan dalam masa setahun kita ada 12 bulan...dan setiap bulan purata hari nya ada lebih kurang 30-31 hari..lebih kurang gitu ar...tapi yang pastinya dalam 12 bulan tu kita dah alami berbagai kerenah masalah seranah punah banana...kita sering juga berpeluh mengeluh apolloh...

tapi pernah tak kita balik semula ke arah semua dugaan yang datang tu...kita alamikan semula dugaan tu...maksudnya fikirkan semula...untuk apa dugaan tu diberikan...ofkos untuk yang bijak pandai macam korang akan cakap " dugaan yang diberikan adalah untuk menguji sejauh mana tahap syukur kita terhadap illahi".. saya yakin ramai yang antara kita tak sedar...kita sudah pun berjaya menempuhi dugaan tersebut andai kata kita masih bernafas lagi ketika ini...sgt rumit kan ayat ni...senang jek...kita bersyukur dengan dugaan yang menimpa...berjaya hadapi dengan tabah...walau sebesar mana pun..kita tetap akan dikategorikan dalam golongan yang berjaya,...

antara dugaan yang paling nikmat sekali ialah ketika Bulan Ramadhan...masya Allah sedar tak sedar berpuasa terlalu banyak khasiat nya dari segi ekonomi,rohani,fizikal dan yang paling penting sekali bagaimana  kita menghadapi seharian berpuasa dengan menjalankan tugas dan juga kerjakan ibadah..kita kene tau..ini adalah secebis dugaan yang akan diberikan ganjaran bertimpa-timpa andai kita dapat laksanakan dengan bersungguh dan tawadhu'..dalam berpuasa kita juga mungkin di uji baik dari segi natural dan juga buatan..

manusia tu ada banyak jenis...dan peribadi saya ialah...saya suka melakukan tanpa mengajak...walaupun ianya sesuatu baik...sebab saya masih lagi dikategorikan insan lemah imannya...tak mampu menegur dengan lidah...sering merungut dalam hati..pening dalam kepala...tapi tak pernah nak cuba memberi dengan kata-kata...sebab sekeliling saya sentiasa ada orang yang lebih hebat pemikiran, amalan, dan sebagainya...

sebab tu saya dipanggil takut dan tak takut...saya takut nak mengajak...tapi tak takut untuk membiarkan...

Motif gambar ni adalah nak tunjukkan aku tak puasa sebelum Ramadhan



Berbuat baik hanya pada hari Jumaat , itu hipokrit.

Berbuat baik pada awal Ramadhan , itu juga hipokrit.

Berbuat baik setiap masa.......its AWESOME!


PetiHati::Ramadhan bulan yang baik.Aku dah tekadkan dalam diri aku aku nak kan bende tersebut.


Share/Bookmark

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...