Tuesday, August 7, 2012

:: Sengaja Berlabuh

bismillah

Ramadhan dah nak habis...dan saya masih mencari di mana letaknya diri ni selama Ramadhan...tak banyak yang ditenung tapi dah cukup banyak termenung..tak jauh memandang tapi dah cukup jauh untuk dipandang...macam itulah diri ni bila di ungkitkan kembali...

kalau Ramadhan yang lepas dan yang kali ini memang banyak perbezaan nya...terutama sekali bilangan tahun..iaitu dari 2011 ke 2012....satu tahun....12 bulan bezanya...sangat lama..tapi cukup ke yang dipikul dari bulan pertama hingga bulan ke 12 amalku ini...mestilah jawapannya tidak...sifat manusia itu tidak pernah puas...dan sifat manusia itu juga susah untuk bersyukur...


kapal yang berlabuh tu pon bijak meletakkan dirinya di tempat yang sesuai untuk dirinya...kalau silap letak macam2 lah yang berlaku...bocorlah..sangkut lah...biarlah dia besar asalkan dia berada pada kedudukan yang betul...dah yakin untuk tinggalkan pelabuhan barulah dia gerak...mencari tempat yang lebih banyak untung...

gitu juga manusia seperti diri ni..segalanya bersifat besar...harapan, cita-cita, impian..semuanya besar..nak yang indah...manis...tapi adakah saya meletakkan diri ni kat tempat yang sesuai...adakah diri ni masih boleh dikategorikan yang boleh dipercayai..?adakah bahan-bahan yang ada dalam diri ni sudah pasti semuanya elok..?

tempat yang sesuai yang dimaksudkan adakah diri ni sentiasa menjadi manusia yang seperti mana diperintahkan...saya tak mencari tapi saya mahu mengikuti...semakin besar keinginan maka saya harus ada hasil yang besar juga...


Nilai...Besar...Amalan..


PetiHati :: Kadang-kadang kita tak sedar kalaupun kita ada yang besar nilainya.Mesti di ingat lebih baik simpan sahaja yang kita miliki. Nilai besar tu bukan kita yang menjumlahkannya.Wallahu'alam..

2 comments:

abby zailan said...

perghhh title da bunyi cm mat bunge je heheheehehe

Insan Bodoh said...

title je mcm jiwang2 sikit...
saya takde nyer nak jiwang menjiwang neh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...