Saturday, August 1, 2020

:: Nakhoda Buas

Antara 500 buah negeri yang sering bersaing dalam memacu deras pembangunan tanpa henti, komunikasi tanpa sempadan, ekonomi sentiasa berjalan maju terus kehadapan, budaya tidak melintang dan adab susila dikekalkan terdapat seorang nakhoda yang paling berwawasan.

Dikirimkan seorang penguat jiwa, penyatu hati iaitu sang bidadari bagai tiada cacat cela pada anggota jiwa hanya kanta yang tersembul di hadapan menjadikan ianya bagai mampu melihat apa yang ada pada padang penentuan kelak.

Nakhoda bagaikan pedang tidak bersarung yang sering menghiris kepada sesiapa yang mendekat, sarung yang hilang sejak 10 tahun dahulu tidak diganti baru, dibiarkan dengan sengaja agar pedangnya sering berdarah. Dendam nya kepada yang menghilangkan sarung tersebut menjadikan dia sebagai nakhoda yang menguasai lautan tetapi tidak mampu melawan pemusnah di daratan.

Si puteri meletakkan nakhoda tersebut sebagai seorang yang menepati ciri, si puteri berjaya menambat hati, berbekalkan wajah yang elok dan menawan, si nakhoda tertawan. Bagaikan merpati terbang tidak bersayap tetapi menguasai dunia, keintiman mereka menghanyutkan ke lembah dunia sambil dihempas badai lautan. Si puteri asyik menghayun buaian bersama nakhoda dan juga merasuki pembesar-pembesar negeri yang mudah tewas akan kejelitaan si puteri. Si puteri juga mempunyai barua yang pandai menghinis dan pandai juga menjadi sesuatu yang menyemak dalam permainan si puteri. Begitu bodoh sekali si baru bekerjama dengan si puteri.

Pedang yang selama ini menghiris perlahan di simpan di suatu tempat yang jauh. Sanubari nakhoda tiada tercalar biarpun pedang yang merantuni jiwanya selama ini dijauhkan dan hampir dilenyapkan. Melihat akan sang helang menyambar si merpati, perlahan nakhoda merungkai hidup si puteri. Helang tidak menetap di satu tempat hanya untuk hidup.

Tiada pedoman dalam hidup jika berbekalkan iktibar, nakhoda menyelesaikan satu teka-teki mainan sang puteri. Telah terbit mentari si nakhoda menatap arah tuju pedangnya, sekian senja si nakhoda melihat pemalsuan si puteri.

Bagai dihunus pedang sendiri, nakhoda di acu dengan pelbagai alatan tajam. Si nakhoda bagaikan tertewas tanpa pedangnya. Sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke sarang jua, si puteri leka menimbus pedang si nakhoda, tertangkap dan dibawa ke lembah pengadilan. Terdapat ungkapan dari si puteri mehu melihat si nakhoda terdampar kering dan musnah otaknya dan hancur di makan umai.

Si puteri bagaikan tuhan dalam memberi penghakiman sedang dia sendiri hanya sekecil buih di lautan. Si nakhoda rasa terkhianat apabila si puteri yang difikirnya begitu sempurna rupanya terlalu menghina diri nakhoda tersebut.

Pedang dikembalikan dan darah yang terakhir menjamah adalah si puteri tersebut. Jeritan terakhir si puteri mahu melihat si nakhoda terbalik kapal dan karam di lautan serta dileburkan di dalam lautan yang mendidih dan tiada pengampunan buat si nakhoda.

Dalam melihat si puteri tercungap, nakhoda melemparkan senyuman dan mencoret darah puteri pada lantai kapalnya "Tuhan lebih mengetahui segala yang dilangit dan dibumi, tiada manusia yang dilepaskan daripada azab dan sebaik-baik manusia adalah yang tidak mencari kesalahan manusia yang lain dan bertindak sebagai penghukum"

Nakhoda melabuhkan layarnya dan meneruskan perjalanan merentas dunia tanpa penghujung mencari kekayaan dan kemahsyuran yang ingin dikecapi. Dibuang rasa kasih dan sayang, dibuang rasa memahami satu sama lain, dibuang rasa benci kepada pemusnah. Bertemankan pedang yang akan sentiasa bersama sehingga akhir hayatnya.

Wawasan si nakhoda ingin menjadikan negeri yang dimilikinya dapat bersaing dengan negara maju, tiada kemunduran, bersifat kematangan, mantap ilmunya dan sifar sifat benak. "Telus di dunia tiada daya menghukum" itulah perjuangan si nakhoda.


PetiHati :: Baca tu jangan tegak sangat dan jangan badigol sood. Cerita ni bukan cerita betul, hanya permainan ketika minda separuh sedar gara-gara berdengung.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...